Janji haruslah ditepati! Memandangkan semalam nisya dah berjanji dengan pembaca - pembaca sekalian yang nisya akan buat entry untuk spagetti, hari ini nisya akan tunaikan janji tersebut. Peace-no-war^_^
Bahan - bahan yang diperlukan :
(seperti yang ditunjukkan di atas^_^)
- 1 paket spagetti
- butter / marjerin / minyak masak
- 3 ulas bawang putih / secukup rasa (boleh dikisar kasar / dipotong)
- 2 biji bawang merah / secukup rasa (boleh dikisar kasar / dipotong)
- 1 paket daging cencang
- Sos perencah spagetti (pilihan nisya : sos bolognese Leggo's)
- 1 tin cendawan butang (dipotong mengikut citarasa)
- lada benggala merah / hijau / kuning secukup rasa (nisya hanya gunakan 2 biji lada benggala hijau)
- garam secukup rasa
cara - cara membuat :
- cairkan butter / marjerin ATAU panaskan minyak masak kuantiti sederhana di dalam kuali (kalau boleh gunakan yang besar).
- Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehinggan naik bau.
- Masukkan daging cencang dan biarkan hingga empuk seketika.
- Masukkan sos perencah spagetti. (kalau boleh gunakan sehingga licin botol sos tersebut, boleh masukkan sedikit garam dan air ke dalam botol dan tuangkan ke kuali).
bagi nisya : nisya akan pastikan sos tersebut licin diguna di dalam masakan ;) |
- orait, kemudian masukkan cendawan dan gaul seketika.
- masukkan lada benggala dan jika perlu, tambahkan garam secukup rasa.
sos spagetti sudah siap dan boleh dihidang ^___^
cara - cara memasak spagetti :
- didihkan air kuantiti banyak di dalam periuk yang besar
- masukkan sedikit garam apabila air sudah betul - betul menggelegak.
- masukkan 1 paket spagetti
- tinggalkan sehingga spagetti itu betul - betul lembut (tak perlu kacau *majoriti spagetti akan lembut dalam masa 10 minit*)
- masukkan 2 sudu minyak ke dalam air supaya spagetti tidak melekat antara satu sama lain.
- sudah siap, toskan spagetti tersebut dan biarkan sehingga betul - betul kering.
- hidangkan bersama - sama sos spagetti.
spagetti untuk mak tersayang
Selesai sudah. Selamat mencuba ;)
Selamat Hari Ibu. Semoga sentiasa berbahagia dan panjang umur. Untuk pembaca yang masih bergelar anak dan mempunyai ibu bapa, nasihat nisya, hargailah mereka selagi masih bernyawa. Cubalah bahagiakan hati mereka. Walaupun nisya tak mampu nak belikan hadiah untuk mereka, tapi nisya masih mampu berkhidmat untuk mereka. Itu pun sudah mencukupi kann ^___^
Layannn~
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di blog nisya. Ilysm (,")
0 luahan hati si KACAK dan JELITA ^-^:
Post a Comment