Tinggalkan jejak di Shoutbox yea.. Thanks(^-^)

" Let me solve your question about 0.5% of myself"

My photo
Malaysia
"Well, I'm extremely known as Nisya Ismail born on 7th June 1994 live for twenty years old who always won't care what is on your mind and hate to know something that is out of my business. Just a simple girl who loves to sing as it is half of my life. I'm a very sensitive but an EGOis girl as I'm the youngest daughter and also children in my beloved family. I was one of God's creations born to be a fashion lover also adored with all my pretty cute things and surprising, by seeing their pictures' spontaneously will make me crazy screaming on that time. Only ALLAH knows me better, definitely you have no right to judge for who I am or what should I do. I care much about the things I love, it could be anyone or anything: as the illation; it's everything. Be grateful with what ALLAH had grace to you in this transient world and yes, it is lasting for a short time only. I have a strong dislike for a person such as fakers, cheaters, etc. 'Fakers' are trying their hardest to be someone else and I know some of them is the one of you here, especially fakers who always steal the others' style. Hey darling, can you please use your brain and find for your own idea or identity, wannabe's."

Panduan Resume Yang Baik

Hye, hari ni nisya nak kongsi sedikit sebanyak panduan untuk membuat resume. Resume merupakan salah satu syarat terpenting yang perlu dibuat oleh sesiapa sahaja yang ingin memohon kerja ataupun biasiswa. Ia merangkumi (golongan pertama), pelajar lepasan sekolah dan diploma serta (golongan kedua) pekerja - pekerja yang ingin apply kerja lain yang lebih lumayan. Resume bermaksud sejarah ringkas tentang biografi diri, keterampilan peribadi serta pengalaman bekerja (bagi golongan kedua).

Resume yang dibuat dengan bagus dan 'bijak' akan mempermudahkan pembacanya memberi penilaian yang tinggi terhadap kualiti seseorang individu tersebut lantas meletakkan dirinya sebagai calon yang lebih berpotensi untuk diterima. Namun, ketiadaan pengalaman mungkin menjadi isu utama bagi golongan pertama dalam usaha untuk membuat resume yang baik. Walaubagaimanapun, dengan teknik yang betul, tidak mustahil jika golongan pertama yang dianggap kurang 'pengalaman' ini mampu menyediakan resume yang efektif.



Perkara - Perkara Wajib Yang Harus Ada Dalam Resume :-

1- Pengenalan diri (Heading) - Mengandungi maklumat ringkas tentang diri anda seperti nama, alamat, nombor telefon terkini dan alamat e-mel yang selalu diperiksa.

2 - Pendidikan dan Latihan (Education and Training) - Mengandungi maklumat di mana anda menuntut ilmu serta pencapaian dalam peperiksaan utama seperti SPM, PMR dan lain - lain. Tulis bilangan subjek yang mendapat A atau B sahaja, selain daripada itu tidak perlu. Jika pernah mengikuti latihan yang mampu meningkatkan kredibiliti diri anda, sila sertakan maklumatnya sekali.

3 - Aktiviti dan Penglibatan (Activities and Involvement) - Mengandungi maklumat keahlian anda dalam persatuan, kelab dan jawatan yang anda pegang seperti ketua kelas, pengawas, ahli pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, badan pelajar Islam dan sebagainya.

4 - Pencapaian (Achievements) - Mengandungi pencapaian anda dalam bidang selain akedemik (ko-kurikulum/kurikulum) seperti sukan, pertandingan - pertandingan berilmiah seperti debat, pidato, syarahan dan lain - lain. Ia hendaklah meliputi peringkat sekolah atau peringkat - peringkat yang lebih tinggi daripada itu.

5 - Sumbangan Komuniti dan Pengalaman Kerja (Community Service and Working Experience) – Selain daripada terlibat dengan pelbagai aktiviti di peringkat sekolah, anda juga mungkin aktif memberikan sumbangan di luar sekolah. Sertakan maklumat ini. Dalam bahagian ini juga digalakkan menyatakan pengalaman pekerjaan anda. Tidak semestinya pengalaman ini berbentuk kerja yang berbayar. Jika anda terlibat membantu perniagaan kecil-kecilan keluarga anda, ia juga boleh turut disertakan.

6 - Rujukan (Reference) – Adalah lebih baik jika anda dapat menyertakan sekurang-kurangnya satu nama individu profesional seperti guru kelas, kaunselor atau majikan (jika ada) di akhir resume. Ini menambahkan nilai kepada resume anda. Pastikan nama yang akan sertakan sudah mengetahui bahawa namanya tertera di dalam resume anda. Jika tidak, maklumkan pada beliau. Nama rujukan ini mungkin akan dihubungi untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan diri anda.


 Format - Format Resume :-

1 - Kronologi (turutan masa) - Untuk menjadikan resume nampak lebih teratur, senaraikan setiap perkara mengikut turutan tahun secara terbalik. Yang terkini harus disertakan dahulu. Format begini sesuai untuk golongan kedua kerana lebih menitikberatkan perjalanan kerjaya dan nama syarikat anda dahulu, tetapi kurang menekankan tentang pengalaman bekerja anda.

2 - Fungsi - Lebih menekankan keupayaan, pengalaman dan tugas utama kerja. Sesuai untuk golongan pertama.

3 - Bermatlamat - Menyenaraikan sasaran suatu kerja dengan khusus serta mahu memberi kesan yang mendalam kepada penemuduga. Sesuai bagi golongan yang sangat mahir dalam sesuatu bidang.

4 - Penyiaran - Format yang berdasarkan pengalaman atau percubaan terhadap sesuatu bidang. Merupakan surat penerangan bagi diri dan menitikberatkan kemahiran. Sesuai digunakan oleh pemohon yang ingin ditemuduga oleh sesuatu organisasi atau syarikat.


   

Sebelum menulis resume, seeloknya buatlah rangka dahulu untuk mengelakkan tertinggal maklumat - maklumat penting. Pastikan juga resume anda :-

 - Ditaip dan bukan tulis tangan. 

- Tidak melebihi satu mukasurat. Melainkan jika anda mempunyai penglibatan dan pengalaman kerja yang banyak, dua mukasurat dibenarkan.

- Pilihan jenis dan saiz tulisan yang sama. Seelok - eloknya gunakan font Arial bersaiz 11. Cuma nama anda sahaja pada bahagian pengenalan dibenarkan untuk ditaip dengan saiz tulisan yang lebih besar. 

- Menggunakan Bahasa Inggeris, melainkan diminta dalam Bahasa Melayu. Maklumat disusun dengan teknik mendahulukan yang terkini.Jika mempunyai terlalu banyak maklumat, pilih maksimum 5 maklumat yang terkini.

- Jangan terlalu banyak 'white space' akibat paragraph yang mempunyai jarak yang besar.


Berikut nisya sertakan contoh resume sebenar (nama dan maklumat peribadi pemilik telah ditukar) yang nisya dapatkan daripada Konsultan Berpengalaman. Dia mendapat 4 bintang untuk resume yang baru pertama kali disiapkan ini. ;)

LEFT-click untuk zoom

Orait, habishh sudah. Semoga entry nisya kali ini akan membawa manfaat untuk korang semua dan untuk diri nisya sendiri. ^___^ 

Thanks meluangkan masa di blog nisya. Singgah - singgahlah lagi lain kali ye. Babaii (,") 
 


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

0 luahan hati si KACAK dan JELITA ^-^:

tinggalkan alamat di sini untuk sesi lawatan "Schewlala" :)

Copyright Protected© All Rights Reserved by Cik Nisya's Official Blog