Tinggalkan jejak di Shoutbox yea.. Thanks(^-^)

" Let me solve your question about 0.5% of myself"

My photo
Malaysia
"Well, I'm extremely known as Nisya Ismail born on 7th June 1994 live for twenty years old who always won't care what is on your mind and hate to know something that is out of my business. Just a simple girl who loves to sing as it is half of my life. I'm a very sensitive but an EGOis girl as I'm the youngest daughter and also children in my beloved family. I was one of God's creations born to be a fashion lover also adored with all my pretty cute things and surprising, by seeing their pictures' spontaneously will make me crazy screaming on that time. Only ALLAH knows me better, definitely you have no right to judge for who I am or what should I do. I care much about the things I love, it could be anyone or anything: as the illation; it's everything. Be grateful with what ALLAH had grace to you in this transient world and yes, it is lasting for a short time only. I have a strong dislike for a person such as fakers, cheaters, etc. 'Fakers' are trying their hardest to be someone else and I know some of them is the one of you here, especially fakers who always steal the others' style. Hey darling, can you please use your brain and find for your own idea or identity, wannabe's."

15 Mei ulangtahun memperingati peristiwa Nakbah Palestin



15 MEI 1948 : NAKBAH PALESTIN



60 tahun yang lalu, lebih daripada 700 000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal, harta benda, ladang - ladang, perniagaan mereka, pekan serta bandar-bandar. Militia Yahudi berusaha untuk mewujudkan sebuah negara dengan majoriti Yahudi di Palestin. Lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (800 ribu orang daripada 1.4 juta) diusir ke luar negara dan 30 ribu lagi diusir ke daerah - daerah yang ditakluki mereka. 478 daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948 telah dihancurkan. Melibatkan lebih 34 jenayah pembunuhan beramai - ramai rakyat Palestin.

NAKBAH bermaksud MALAPETAKA atau BENCANA BESAR. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada pengisytiharan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya pendudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.





FAKTA NAKBAH 


1. Penjajahan dan penindasan yang berterusan sehingga mereka berjaya merampas lebih daripada 90% dari keseluruhan bumi Palestin.
2. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel.
3. Sekatan ekonomi yang dirancang kemas sehingga orang-orang Palestin tersepit, menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.
4. Anak-anak Palestin yang telah dinafikan hak untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.
5. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia yang menyekat penghidupan rakyat Palestin serta menjadikan Palestin sebagai penjara yang terbesar di dunia.
6. Seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 62 tahun yang lalu. Inilah kes pelarian yang paling lama dan perit di dalam sejarah peradaban dunia.
7. Pembunuhan dan penyiksaan yang berterusan terutamanya di Gaza yang merupakan krisis kemanusiaan terhebat di abad ini.
8. Peningkatan serangan ke atas al-Quds oleh ekstremis Zionis yang mencabul kehormatan dan kesucian al-Quds serta projek pembinaan kuil Yahudi di perkarangan Al-Aqsa.
RANCANGAN JANGKA MASA PANJANG
  • PengYahudian Baitul Maqdis dan pembinaan kuil, 'The Solomon Temple'.
  • Pembinaan Israel Raya atau 'The Greater Israel'.
  • Menguasai dunia antarabangsa seterusnya. 

 ADAKAH MEREKA BERJAYA DALAM PELAKSANAAN INI?

  •  Tidak
  BUKTI KEGAGALAN

  • Tidak mampu membina 'The Greater Israel' walaupun sudah sekian lama menjajah Palestin.
  • Gaza kembali kepada Palestin dan Golan Height pula kepada Syria.
  • Intifadhah menyebabkan kerunduman ekonomi dan rasa 'selamat' Israel.
  • Penghijrahan lebih 700 ribu orang Israel yang melarikan diri pulang ke negara Barat sejak tahun 2000.
  • Generasi muda Yahudi tidak berminat untuk mempertahankan agenda Zionis.
  • Gagalnya rejim Zionis dengan sokongan penduduk seramai 5 juta orang dan rakyat Amerika sekutunya untuk mengalahkan Gaza yang hanya mempunyai penduduk seramai 1.5 juta.
  • Perjuangan umat - umat Islam yang semakin teguh dan mendapat tempat di kalangan orang Palestin, bangsa Arab dan juga umat Islam seantero dunia.
  • Disebabkan JANJI - JANJI ALLAH DAN RASULULLAH S.A.W pastinya.

    #credit from kak hana and Google

    nisya sokong pembebasan rakyat palestin daripada rejim zionis! =')



    dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

    0 luahan hati si KACAK dan JELITA ^-^:

    tinggalkan alamat di sini untuk sesi lawatan "Schewlala" :)

    Copyright Protected© All Rights Reserved by Cik Nisya's Official Blog