Hye buat pembaca - pembaca sekalian. Hari ni nisya just nak berkongsi tentang perkahwinan antara aktress terkemuka Malaysia, Fasha Sandha bersama suaminya Jejai. ^_^ honestly, nisya JATUH CINTA sangat dengan dress pengantin Fasha. Gorgeous gitu! *meleleh air liur bebb* haha. Over ler pulak. ;p
Orait, untuk pengetahuan korang, mereka selamat diijab kabulkan pada 28 April 2012 yang lepas. Majlis pernikahan Fasha Sandha dan Jejai berlangsung dalam satu majlis tertutup di Hotel Crowne Plaza Mutiara. Dengan dua kali lafaz sahaja, Fasha selamat menjadi isteri kepada Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai tepat jam 9.45 malam disaksikan oleh keluarga, selebriti dan para media. Mereka telah dinikahkan sendiri oleh bapa Fasha, Hassan Bin Mohaiddin sambil disaksikan oleh Mohd Shahirman. Fasha sangat berseri - seri dalam persalinan kurung tradisional kontemporari rona putih hasil rekaan Rizman Ruzaini dengan wajahnya dirias jurumekap terkenal, Saidatulnisa. ;)
jom layann gambar diorang :
Cantik kan dress nye? nisya suka ;) *gedik*. Huhu, btw sekarang nisya nak share pulak gambar honeymoon mereka berdua yang terkini di Pulau Redang. Layannn~
Peace-no-war^___^. Bye bye (,")
0 luahan hati si KACAK dan JELITA ^-^:
Post a Comment