Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
Nisya percaya dan akan sentiasa berpegang pada kata - kata ini. Insya-Allah tiada sebarang dusta di dalam janji-Nya. Jika menginginkan suami yang baik, kita pun kenalah jadi seorang yang baik hati kan. Tak mungkin seseorang yang baik akan mendapat lelaki yang tidak baik atau sebaliknya. ;)
Seorang makhluk Allah pernah memberi komen mengenai ayat yang diberikan di atas, “Kalau macam tu, tak nak lah kahwin dulu. Saya nak memperbaiki diri sampai layak mendapat isteri yang lebih baik.” Astaghfirullahal'adzim, bertapa buruknya pandangan seperti ini.
1 - Membersihkan serta memperbaiki diri dan iman tidak boleh dicampurkan dengan niat kerana selain Allah SWT. Itu namanya syirik. Bagaimana seorang boleh mengatakan ingin memperbaiki diri untuk mendapatkan pasangan yang lebih baik sedangkan diwaktu dia menyatakan perkara tersebut dia tidak sedar yang dia sedang menduakan Tuhan. Pembersihan dan pembaikan yang cuba dilakukan malah boleh bertukar menjadi pengotoran dan perosakan diri.
2 - Rasulullah SAW pernah bersabda, “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.” Jika menikah itu menyempurnakan setengah dari agama, apakah pembersihan dan pembaikan diri yang lebih utama daripadanya? Seorang yang belum bernikah bererti belum sampai separuh pun keimanan yang ada di dalam dirinya.
3 - Perkataan “lebih” itu membawa maksud perbandingan antara dua. Bagaimana untuk mengukur “lebih” andai tiada yang pertama.
4 - Kalaupun dia dapat mengetahui “lebih baik” itu, seandainya dia mendapat seorang yang tidak sebaik dirinya, bagaimana? Sedangkan dia telah meletakkan kriteria sendiri mengenai yang “lebih baik”. Sedangkan Allah SWT Maha Mengetahui. Mungkin sahaja kita cuma nampak baik, atau merasakan diri baik, atau dengan kata lainnya, perasan! =.="
Ingatlah, Allah S.W.T HEBAT dalam mencipta dan menjadikan alam semesta, telah menetapkan satu sistem yang sangat sempurna iaitu Islam. Lantas Allah S.W.T menyuruh hamba-hambanya agar taat dan patuh terhadap agama ini dan masuk ke dalamnya dengan seluruh hati dan jiwa. - Hadith riwayat al-Hakim dan ath-Thabrani dari Anas bin Malik. Imam al-Bani menghasankannya.
Semoga entry ini sentiasa dapat menyedarkan nisya dan semua yang membaca tentang hebatnya takdir Allah S.W.T kepada hambanya yang sentiasa berbuat baik dan berdoa ke hadrat-Nya. Insya-Allah ;) *source : Pernikahan Barakah*
Renung - renungkan dan selamat beramah. (Pinjam tagline Prof Izzi) huehue. Buibuii (,")
0 luahan hati si KACAK dan JELITA ^-^:
Post a Comment