Orait, actually hari ni sedih sikit la. Sebab malam nanti nisya dah kena bertolak ke Shah Alam, stay kat rumah abang sementara tunggu hari pendaftaran kat Kolej Matrikulasi Melaka 28 Mei nanti. Sedih sebab apa? Oooo, korang ingat nisya sedih nak berpisah sebab homesick ye?? Haiss, takdelah. Dah 5 tahun nisya harungi suka duka hidup kat Sekolah Berasrama Penuh dari umur 13 hingga 17 dulu. Lepas tu pegi PLKN lagi 3 bulan. So, takkan lah sebab dapat matrik kursus setahun pun nisya nak homesick kann.. (narnye adelah sedih sikit2 banyak. nak nangis dah sebenarnye ni. opps~ terbongkar rahsia ;p *but excuse me, nisya anak bongsu okeh! takkan lah tak manja. mestilahh MANJAAAAA.....) rindu nak tinggal bilik, tinggal teddy bears atas katil, tinggal lappy, tinggal anak2 nisya yang kiut miut 3 ekor tu, dan mestilah rindu nak tinggal mak dan abah serta semua isi2 rumah ni. huwaaa ='(
Ahhai, dah lebih2 tersasul dan *ter*bongkarkan rahsia ni. Sebenarnye kann, nisya sedih sebab lepas ni dah jarang sangat la nisya nak spend time depan lappy ni. Kira hari ni last la. Dekat Shah Alam tu pun jarang jugak nisya online. Kalau setakat sehari dua je dekat sana memang konpemm tak lah kan. Sebab tu nisya taip awal - awal entry ni walaupun kenyataannya nisya nak pergi melaporkan diri kat KMM tu lusa. Huaaaawaww, bye bye kekasihku, kawan baikku, pelengkap hidupkuuu.... ='( Korang support nisya ok? Boleh la, boleh la, boleh la.. *kenyit2 mata sambil buat muka kasihan*.
Hurm, oklah, takleh panjang2 buat luahan perasaan kat sini. Nanti tak pasal2 kang korang ikut serta nangis dengan nisya. Hewhew~ *cam terer je nak buat orang nangis, menyampah je budak nisya ni* =.=" (nisya tahu isi hati korang cam mana. muahuahua~)
Fakta KMM : Terletak di Londang, Masjid Tanah, Melaka. Agak jauh juga dari bandar Melaka. KMM adalah matrikulasi tertua dan ter"senior" kat Malaysia.
ohh KMM! tunggulah kehadiran Cik N!sya Sch3wlala ke sana! muehuehueeee.. ;p
Tahniah! Anda telah ditawarkan ke Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia
Nama : Siti Nurkhairunnisa Binti Ismail
No. Kad Pengenalan : 940607**6**2
No. Matrik : MS1211503635
Program Pengajian : Program Satu Tahun
Kursus : M001-SAINS
Nama Kolej : Kolej Matrikulasi MELAKA
Tarikh : 28 Mei 2012
Alang - alang menyeluk pekasam *ahhaii~*, nisya nak bagi korang semua pembaca yang nisya cintai sekalian satu lagu yang nisya minat sangat - sangat. Sebelum tu *pause*kan dulu ye muzik yang berkumandang dalam blog nisya ni. Layaannn~
Buibuibuii semua (,") *nada sedih*
Tweet
Buibuibuii semua (,") *nada sedih*