Tinggalkan jejak di Shoutbox yea.. Thanks(^-^)

" Let me solve your question about 0.5% of myself"

My photo
Malaysia
"Well, I'm extremely known as Nisya Ismail born on 7th June 1994 live for twenty years old who always won't care what is on your mind and hate to know something that is out of my business. Just a simple girl who loves to sing as it is half of my life. I'm a very sensitive but an EGOis girl as I'm the youngest daughter and also children in my beloved family. I was one of God's creations born to be a fashion lover also adored with all my pretty cute things and surprising, by seeing their pictures' spontaneously will make me crazy screaming on that time. Only ALLAH knows me better, definitely you have no right to judge for who I am or what should I do. I care much about the things I love, it could be anyone or anything: as the illation; it's everything. Be grateful with what ALLAH had grace to you in this transient world and yes, it is lasting for a short time only. I have a strong dislike for a person such as fakers, cheaters, etc. 'Fakers' are trying their hardest to be someone else and I know some of them is the one of you here, especially fakers who always steal the others' style. Hey darling, can you please use your brain and find for your own idea or identity, wannabe's."

BEDAK POWDER/TALKUM CAUSES CANCER??!



Eh betul ke? Haaa sudah, bedak powder memang selalu jadi pilihan Nisya sebab lagi nyaman bila pakai. >.<"

Well, based from research yang dibuat dalam google sebentar tadi, nisya jumpa ni: Fakta twitterMitos atau fakta dan Maklumat bedak talkum.

Pemakaian bedak talc secara rutin setelah mandi dpt meningkatkan risiko tumor ovarium hingga sebesar 24%. [Jurnal Cancer Prevention Research]

SOOOO SCARY >.<"

Maklumat tambahan? Boleh tekan perkataan "Fakta twitter" atau "Mitos atau fakta" ataupun "Maklumat bedak talkum" yang berwarna kat atas tadi (perenggan based from research). 

TIll then, assalamualaikum..

p/s: hati masih berdebar-debar dengan kenyataan tersebut. Ergghhhh~


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

Petua Kecantikan 3 (telur) ~Petua Dato' Siti~

Hye!

Tetibe rasa hepi pulak harini. Maybe sebab ada "org tu" share gambar dia ngan niece dia kot. Haha, first impression masa tengok? Gelak terguling-guling :P

Dia: "Kenapa 'awk' gelak?"

Nisya: "Sebab 'sy' rasa hepi bila tengok gambar ni, 'sy' gelaklah". (Sambil terus gelak-gelak, honestly gambar tu tak lawak, tp lawak. Errr, tak tahu nak describe acaner. Hewhew)

Ok, straight to the point, maaf buat korang sebab terpaksa baca dulu benda yang langsung tak ada isi dalam topik perbincangan kita hari ni. *ececeehh*

Telur! Hurmmm, selain sedap dimakan, menyihatkan tubuh badan dan memberi tenaga, telur juga mempunyai sumber protein dan omega yang tinggi ye tuan puan. Oleh itu, telur SANGAT berkesan untuk melicinkan kulit, merawat kulit dari merah-merah(untuk sesiapa yang mempunyai kulit sensitif) dan mengelakkan kulit daripada serangan hendap puak-puak jerawat! Bukan hanya pada kulit, tapi kalau kita batuk-batuk(ada luka kat saluran tekak), makan 1 biji telur mentah/separuh masak boleh mempercepatkan penyembuhan luka tersebut. 100% guaranteed.. Eh tak percaya? Cubalah ;)

Bahan yang diperlukan untuk mencantikkan kulit dengan telur:-

-Sediakan 1 biji sahaja telur (lagi baik kalau telur organik)
-2 mangkuk kecil
-Sudu dan garfu kecil
-Air suam untuk bilas muka
-Air sejuk/Air basuhan beras
-Ais saiz biasa* (takde pun takpe)

Cara-caranya:-

1) Pecahkan telur dengan berhati-hati.

2) Asingkan putih dan kuning telur dalam 2 mangkuk kecil tadi (the most difficult thing for me). Jangan biarkan walaupun setitik kuning telur ade dalam mangkuk putih telur (macam nak buat meringue untuk kek :P).

3) Ambil sudu dan kacau putih telur sepantas mungkin sehingga mengeluarkan buih-buih.

4) Bila dah keluar buih, that means putih telur sudah siap untuk dibuat mask!

5) Ambil bahagian yang berbuih tu dengan sudu, sapukan pada sekitar muka dan leher. Hati-hati jangan sampai terkena sekitar mata termasuk kening dan rambut.

6) Ulang step 5 sampai semua dah rata disapu, tebal mana sukahati^_^.

7) Tunggu sampai mask tersebut betul-betul kering dan mengeras (memang rasa muka ketat tak boleh nak senyum masa mask tu dah kering).

8) Bilas muka dengan air suam sebersih-bersihnya. Lap muka.

9) Amek garfu kecil, cucuk sikit kuning telur sampai keluar kuning cair telur tu (kalau kuning telur korang tak pecah lagi la. Kalau dah pecah, tak perlulah nak cucuk)

10) Ambil yang kuning tu, sapukan merata pada muka sebagai moisturizer (amat berkesan).

11) Tunggu sampai kuning telur kering dan mengeras.

12) Bilas dengan air sejuk/air basuhan beras sebersih-bersihnya. Jangan lupa sapukan ais di sekitar wajah selepas itu agar pori-pori menjadi lebih halus(tak buat pun takpe) ;)


Tadaaa!
In the next few minutes, trust me, kulit korang akan rasa lebih halus, licin dan lembut giteww.

Boleh lakukan mask putih telur dan pelembab kuning telur ni sekali seminggu ataupun dua kali seminggu, tapi jangan kerap sangat. And tak lupa juga pasal lebihan telur tu, korang boleh tambah lagi telur dan buat telur dadar ke hape. ATAUpun bagi yang memelihara kucing macam Nisya, Nisya bagi je kat kucing yang mentah-mentah tu, memang licin dijilatnye. Al-maklumlah nak sedapkan suara kannnnn :D

Oh, and tak lupa nak share dgn korang, Dato' Siti Nurhaliza pun amalkan petua ini howkehhhh. Memang sangat-sangat berkesan! Tak percaya, tengoklah ini ;)

As usual, pausekan la dulu lagu blog nisya ni ye. Baru suara tak bertindan/bertindih. Enjoy~

Till then, wait for my next petua kecantikan 4 okehhh. Buh-bye(,")


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

Petua Kecantikan 2 (tomato)

Selamat pagi semua! (sambil buat gaya macam bebudak kelas upin ipin :P)

Alright, the second tips is about tomatoes.. Tak perlu banyak-banyak, satu pun dah cukup. Satu tomato berapa sen lah sangat dibandingkan dengan barang kosmetik kat kedai tu kan. Hee~ ini sekadar perkongsian, tak bermakna Nisya nak suruh korang stop teruskan pemakaian alatan-alatan kecantikan yang korang sedang guna tu. Teruskan pemakaian, sambil-sambil tu amalkanlah petua ini. Insya-Allah kulit akan jadi lebih sihat. ;)

Bahan-bahan:
-Tomato sebijik 
-Pisau kecil
-Papan pemotong
-Gula halus (tak halus sangat pun takpe, tp kalau gula kasar, merah-merah jadi muka tu nanti)
-Air sejuk untuk bilas muka/Air basuhan beras


Okay, sekarang kita akan buat skrub tomato. Kebaikannya (haa catat ye semua), tomato ni mengandungi unsur Lycopene, yang bertindak sebagai agen anti-oksidan. 

Apa itu anti-oksidan? 
Anti-oksidan adalah kelompok vitamin, mineral, enzim dan rempah-rempah yang banyak membantu dalam melindungi tubuh daripada radikal bebas/oksidan. 

Apa itu radikal bebas/oksidan?
Radikal bebas ataupun dikenali sebagai oksidan adalah molekul-molekul yang sangat reaktif di dalam tubuh yang dapat merosakkan molekul penting di dalam sel, termasuklah DNA. Jika di kulit, oksidan adalah salah satu penyebab utama kepada penuaan(kulit berkedut) dan kanser. (take note!)

So, terserah kepada korang samaada nak amalkan petua skrub tomato ni dalam dua kali seminggu ataupun teruskan penggunaan bahan kosmetik yang mempunyai anti-oksidan. Dua-dua ada kebaikannya insya-Allah.

Now, cara buat skrub tomato. First, Amek pisau and papan pemotong tu, letak tomato, lepas tu belah permukaan atas tomato tu, yang mempunyai daun, kebiasaannya kita buang, but no no no, jangan buang! Bahagian itulah yang akan dijadikan skrub nanti. Lepas tu celup dengan gula, gula tu pastikan dah diletak dalam piring dulu ye, jangan gula yang banyak-banyak simpan untuk buat air korang celup je dalam tu, lain rasa air korang nanti. Hihi :P

Lepas tu, sapu je la kat muka. Tonyoh-tonyoh sikit biar daki-daki tersumbat kat muka tu boleh keluar. Tapiiii, pastikan sebelum korang tonyoh tu muka korang dah dicuci terlebih dahulu ye. Lepas tu lap biar kering, then baru tonyoh tomato tu. Tonyoh tu jangan kuat sangat, Nisya guna istilah tonyoh sebab nak suruh korang tekan-tekan sikit, tapi sometimes ada orang tersilap faham, tonyoh tu macam tonyoh kat kepala orang tu (eisyh, jangan buat kat adik camtu, kesian dia).

Tinggalkan 2 3 minit, then bilas muka korang dengan air sejuk ataupun air basuhan beras. Kalau nak kecilkan lagi pori-pori wajah, amek satu ais saiz biasa (yang bulat ataupun petak tu) lepastu usap kat seluruh kawasan muka sampai ais tu fully cair. Mata jangan dilupa, gerenti lepastu muka korang akan rasa lagi segar dan berseri^_^.

Tak faham lagi? Alamak, nisya tak sediakan gambar la pulak ye. Hee~ sorry. Boleh tengok ni (tapi sebelum tu, pausekan dulu ♪♥Lagu Jiwang Belog♥♪ nisya ni ye, ade kat tepi-tepi nih):-


Itu Michelle Phan from youtube. Dengan lihat video atas tu korang akan lebih faham. Beliau jugak banyak amalkan homemade kosmetik, so kalau korang berminat, bolehla tengok video-video beliau yang lain. But terus keep in touch with my blog ok. :D

Selain itu, bahagian tomato yang lain boleh dibelah dan diletakkan atas mata selama 15-20 minit atau selama mana korang nak. Hasilnya, mata akan lebih segar dan berseri! Kelas gitewww~

Next entry is about egg! Nak tahu apa? Teruskanlah melawati blog nisya. Thanks you'olls ;)


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

Petua Kecantikan 1 (beras)

Untuk warm up entry setelah blog ini ditinggal sekian lama, Nisya nak share petua yang Nisya selalu buat untuk jaga kulit wajah dan kulit badan agar sentiasa segar, gebu, licin dan sangat jarang di"hinggapi" jerawat ;)

Tak perlu kos mahal-mahal nak beli kosmetik ni, kosmetik tu. Kat rumah tu ade dapur kan? Ade beras? Ade tomato? Ade telur? Ade timun? Ade Tea? Ade peti sejuk? So, selesai. No need to dedahkan kulit wajah anda pada bahan kimia yang mungkin baik pada masa kini, tapi boleh memudaratkan pada masa hadapan. Enjoy^_^ 

Kalau sudi, amalkanlah selalu agar kita sama-sama dapat manfaatnya.. Insya-ALLAH. (Tak rugi berkongsi ilmu, andai ada salah silap, tegurlah nisya di ruangan komen. Terima kasih)

Alright, for this entry, nisya akan share tentang kebaikan beras dalam kecantikan kulit tak kiralah kulit wajah atau badan, dua-dua ada kebaikannya, dengan izin Allah. First, kita tengok bahan-bahan dulu okay.

Bahan-bahan yang diperlukan:- 
1) Beras (alang-alang nak masak tu, pakaila seberapa banyak yang diperlukan ye). Lagi elok kalau beras tu organik. Tak organik pun takpe, beras yang nisya selalu guna pun tak organik. ;) 
2) Air untuk basuh beras 
3)Mangkuk besar atau bekas besar (suka hatilah untuk letak air basuhan beras)

Nisya rasa, dengan bahan-bahan kat atas tu, mungkin ramai yang dah tahu apa petua yang nisya guna ni kan? Yang tak tahu takpe, nisya akan share step by step sampai korang faham. No worries beybehh.

Alright, dengan bahan-bahan kat atas tu, you'olls kenala basuh beras yang you'olls nak masak tu. Biasanya kita akan basuh sebanyak tiga atau empat kali kan. Air basuhan beras yang pertama itu boleh dibuang atau disimpan untuk menjirus pokok (insya-ALLAH pokok tu akan subur) atau membersihkan sink agar lebih bersinar-sinar giteww, jangan simpan buat basuh muka pulak. Kalau beras tu yang organik*(noted!) bolehlah disimpan air basuhan beras yang pertama itu untuk membilas muka ataupun dijadikan toner. Sebabnye? Beras organik tiada bahan kimia ye tuan-tuan puan-puan. Kalau beras yang biasa jual kat pasaraya tu, mostly ade bahan kimia. So, basuhan beras yang pertama tu akan menghilangkan bahan-bahan kimia yang melekat kat beras tu dulu, sebab tu air basuhan beras yang pertama kebiasaannya pekat.

Air basuhan beras yang kedua pulak optional, maknanya, boleh disimpan untuk basuh muka ataupun dibuat jirus pokok jugak sebab kualiti beras pun effect air basuhan tu. Kalau anda tengok air basuhan beras yang kedua tu still pekat macam air basuhan beras yang pertama, Nisya syorkan anda buat jirus pokok je la air tu. Kemungkinan air basuhan beras yang pekat tersebut masih ade bahan kimia. Kalau kepekatannya sudah berkurang, so anda bolehlah simpan air basuhan beras yang kedua tu ye. 

Yang ketiga dan keempat pulak memang confirm boleh disimpan. Kalau pekat jugak tak tahulah den beras yang kome semua beli ni beras jenama kimia ke? :P

Alright, if air basuhan beras yang disimpan dalam bekas tu banyak, bolehlah dibuat bilas untuk kulit wajah dan mana-mana kulit badan yang gelap macam ketiak atau celah peha. Sebabnya air basuhan beras ni khasiatnya adalah untuk memutihkan, meng"samarata"kan tona dan menggebukan kulit. Amalkan selalu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, insya-Allah anda akan lihat hasilnya. Jangan lupa berselawat dulu masa nak tonyoh2 air tu kat kulit. Opps, bukan tonyoh kuat2 tu, tonyoh sikit2 dahler. Nanti terkoyak pulak kulit. Hihi, *tetibee*.

TAPI! jangan pulak korang ni sengaja nak jadikan air tu banyak, korang simpan berhari - hari, alamatnya basi la air tu nanti. Tak percaya? Cubalah. Hidu bau air basuhan beras yang telah ditinggalkan selama 24 jam. Mesti bau basi punya, (nisya pernah buat :P).

Okay, tu kebaikan air basuhan beras. Selain tu, beras ni pun boleh dibuat skrub. Cara-caranya:-

1)Sediakan kuali dan sudip. 
2)Lesung Batu atau penumbuk yang tumbuk-tumbuk bawang, kunyit, halia tu. Nisya panggil lesung batu. 
3)Sedikit beras (sikit je tau, dalam separuh cawan kecil yang buat minum tea atau kopi tu je).

Okeh, first of all, basuh beras tu macam biasa, then goreng beras tu dalam kuali sampai warnanya bertukar keperang-perangan atau macam hangit sikit. Tapi bukan hitam! Jangan letak minyak pulak. Berminyak nanti skrub tu. Hewhew. Lepastu tumbuk beras yang telah digoreng tadi sampai halus sehalus-halusnya (part ni memerlukan kesabaran sikit ye). Then simpanlah beras yang dah ditumbuk tadi dalam mana-mana bekas tertutup. Simpanlah dalam setahun pun takpe. Takde expired date ;)

Cara guna, masa korang nak cuci muka dengan apa-apa pencuci muka korang tu (Nisya pakai safi balqis je). Tiga kali seminggu korang ameklah secubit beras yang telah ditumbuk halus tadi then campurkan bersama pencuci muka yang korang picit atas tangan, campur air sikit, pastu cuci la macam biasa. Insya-Allah segala kotoran-kotoran tersumbat akan hilang ;)

Okay, memandangkan Nisya dah mengantuk(mata dah berair, mulut dah ternganga luas menguap banyak kali :P), setakat ini sahajalah entry Nisya malam ni tentang petua kecantikan menggunakan beras. Dalam entry akan datang Nisya akan kongsikan petua yang lain pula ye. Doakan impian Nisya untuk buka spa kecantikan tanpa bahan kimia pada suatu hari nanti tercapai. Amin.. Thank you for viewing this! Good Night. Assalamualaikum ;)

Jangan lupa amalkan minum air mineral 2 liter sehari dan tidur yang mencukupi. Byebye(,")


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

The 40th Day

Hai semua..

First of all, nisya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua pembaca blog ini, dan tak dilupakan juga, walaupun dah terlambat, Selamat Hari Raya Aidilfitri ;)

Hewh, don't know where to start actually. Orait, firstly, I want to apologize pada sape - sape yang sudi jenguk blog nisya ni walaupun dah lama tak update kan. *hewhew*, maybe sebab banyak benda yang berlaku sebaik sahaja nisya tamat matrik dan sekarang I'm studying in UiTM Shah Alam. Alhamdulillah, nisya ditawarkan peluang untuk sambung belajar dalam Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kejuruteraan Sistem Maklumat ataupun lebih dikenali sebagai  Degree in Information System Engineering^^

Okay, talking about banyak benda yang berlaku di antara masa sengkang cuti lepas matrik n sebelum masuk UiTM tu, sebenarnya masa cuti tu nisya banyak habiskan masa dalam wad, jaga mak nisya yang nak buat pemindahan sum - sum tulang untuk kali yang kedua. Tapi, ALLAH dah tetapkan, mak kesayangan nisya, Normah binti Abdul Wahab dah kembali ke rahmatullah pada 4 September lepas. So, nisya harap buat pembaca - pembaca blog nisya yang Muslim sudilah untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah mak. Mohon mak dipermudahkan segala urusannnya di sana dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada. Insya-ALLAH, amin.. Terima kasih sangat - sangat.

Then, for my 'tajuk entry' di atas sana, actually esok bersamaan dengan Hari Raya Korban, merupakan hari ke-40 mak nisya pergi. Insya-ALLAH tahlil untuk mak akan dibuat pada malam ke-41, sehari lewat sebab hari raya tu maybe orang sibuk, so tak sempatlah nak datang kan ;) Pada sape - sape yang sudi, nak datang, family nisya akan buat tahlil tu di Pasir Mas, Kelantan kat rumah Mak Ngah (adik abah). Kalau nak alamat, sudi - sudilah pm nisya di facebook ye. Just tekan perkataan 'facebook' yang biru tu, akan terus link ke fb nisya ye. Or korang boleh jugak mention nisya kat twitter ^_^

Okaylah, untuk entry kali ni, maaf kalau nisya buat korang rasa bosan and so on, tapi nisya tak banyak sangat nak cerita, actually banyak, but tak sempat lagi. *hewhew* Nisya nak minta maaf sekali lagi buat sape - sape yang sudi jenguk blog ini walaupun kosong, tak di'update', pape pun, I'm sorry and thanks a lot for your visits.



 my precious mom, I MISS YOU. #Alfatihah


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

Arabian Night @ Dewan Utama, KMM ;)


Hari berganti hari, masa terus berlalu.. Sedar - sedar sebulan lagi nisya akan berada di Kolej Matrikulasi Melaka. That's why semalam bersamaan dgn 29/3/2013 we had a dinner together. Jamuan perpisahan la katakan sebelum semua orang buat haluan masing - masing lepas ni. Sobb Sobb. Sedih jugekk den :'(

Ok, ambik mood balik. Nisya buat entry ni sebab nak share gambar dengan korang. Tengokla ye. Jangan malu - malu ;)



kami B5 ^_^



Arabian Night.. Jubah itu jubah pinjam. Hiho :P



Saya dan Dia ;)



Faten, Nisya, Shery. Beratur amek makanan pun sompek lagi ni haa. :D



Opps, mask curi :P



 Nisya Latiff! :D





Dengan Aisyah. Alamak! Terlebih BAHAGIA pulakk.. toink2 ^-^


Jamuan... takkan jamuan je kan. Kena buat persembahan jugak. Kitorang geng2 Wing B Aras 3 Blok 5 Kolej Matrikulasi Melaka pun buat persembahan. But seriously, kitorang menang taw! Sangat terkejut. Sebab... kitorang decide nak buat persembahan ape pun 3 malam last dah. Latihan pun tiap2 malam, i mean 3 malam je buat lepas pukul 12 malam pulak tu. (sibuk la katekan.. nak final kan) ;P

Tapi nak buat macam mane, nasib menyebelahi kami. Haii, jangan meninggi diri! :D



Haa, kitorang la tuu.. Ahli2 Wing B Aras 3. Hiho. ;)



Errrr, nisya nak upload sebenarnya video persembahan kitorang tapi error pulak. I'll try later okeh.. Thank you sudi jenguk sini. Daaa (,")

Noted : Nak tengok gambar lagi? Jemput la ke facebookku ;)


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

Melaka Parade + Dataran Pahlawan


hangout time..!!! lepas stress buat kali terakhir sebelum menjalani peperangan dengan PSPM 2. Errrrrrrrrr... heehee :P

23 March 2013


Secret Recipe:  me, New York Cheese and her, Chocolate Indulgance.. yummy... (gambar blur, camera depan, jangan komen! tengok je)



semalam saya date dengan dia! awwww ❤ 



pakai baju kolej je kita. Errr, I'm skema and I LOVE IT! XD



we again ❤    


Jalan punye jalan, terserempak "ex" la pulak kat pintu masuk Mahkota Parade. Alamak! Errr, buat - buat tak konaii je :P







I'm wondering bila laa nak dapat lepak - lepak kat sini lagi ye. Next 30 April gonna be my last day I'm here in Malacca :'(


p/s : entry kali ini guna tulisan lain.. kenape? Err, saje je :D


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

Hemohh hemohh hemohh..



Hemo hemo hemo hemo hemo... tetibe teringat pulak kat kartun Ninja Boy. Dah lamaaaaa SANGAT tak tengok. (memangle sejak sekolah rendah lagi) :P 



COMEL tak ninja - ninja tu semua? Sangattt... :D

Okeh, actually itu hanyalah selingan di awal - awal entry. *saje nak kasi ceria - ceria sikit kan.. mane la tahu tiba - tiba nisya sedih pulak kang lepas ni.* eheh.

Peperiksaan Akhir Semester Dua (PSPM 2) Kolej Matrikulasi Melaka sudah semakin menghampiri. *dupdapdupdapdup..*, eisyhhh silap la pulak, jantung kita tak bunyi dupdapdupdap la tapi *lupduplupdup..* Ingat taw pembaca - pembaca sekalian. Lain kali kalau nak taip pasal perasaan berdebar - debar ke, toksah taip dupdapdupdap ye, itu SALAH sama sekali, sebab... first heart sound for our heart is "lup" (it occurs when our atrioventricular valves close) and the second sound is "dup" which occurs when our semilunar valves close. This is FACT based from what I'm studying.. :) 

Uhuh =.=" tapi korang faham ke ape yang nisya kasitaw tadi? buat - buat faham je la ye bagi sesiapa yang tak minat BIOLOGY tu.. tapi nisya minat! Minat sangat - sangat.. so, ade nisya kisah kalau korang nak faham ke tak? eheh. :P

Okeh, melalut - melalut! Back to our story, (jap - jap nak ambil mood).. Ehemm.. PSPM 2 dah dekat gilerrrr kot. 22 April till 30 April 2013. Huhukks, soooo scary maa.. :'(


 
Lepas habis exam nanti tu nisya pun baliklah untuk selama - lamanya dari Kolej Matrikulasi Melaka. Cuti 5 bulan kat rumah sebelum melangkah masuk ke universiti pilihan, amin.. Insya-ALLAH.

Sekarang perasaan nisya bercampur baur sangat - sangat macam tepung digaul - gaul dan diuli - uli dengan sangat sebati untuk membuat kek. *errr....* Well, antara takut nak exam, sedih nak berpisah with classmates and teachers and HAPPY nak cuti lama - lama kat rumah! Yeaahh.. :D Tapi kan, apa nisya nak buat ye nanti kat rumah 5 bulan tu? Kerja? Belajar Masak? Buat business? Bertunang? KAHWIN??? *errrrrr....* ataupun duduk rumah tambah berat badan makan tidur makan tidur.. (dahla dah gemuk, nak jadi lagi gemuk pulak. hampeh!)

My WISHLIST ;)
  • Hangout / Reunion with ex-school's classmates when I'm at Seksyen 4, Kota Damansara.
  • Dapatkan Lesen Kereta "P".
  • Melawat junior - junior sekolah dulu, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra with my ex-roommates, my lovely Afifah Insyirah and Aby Magendiran. (Bawakkan diorang kepcy banyak2.. my promise dulu).
  • Belajar masak memasak biar mantap (Insya-Allah..)
  • Experience kerja. yeahhh :D
  • Turunkan berat badan sikit. opps (macam takleh percaya je nak turunkan berat badan semasa bercuti) Hee..

That's All.. Sebenarnye banyak lagi.. tapi takkanla nak bagitau semua. hihi, malu... (menyampeh :P)

Menghitung hari.................


TAKE NOTE,




[22 APRIL 2013 - 30 APRIL 2013]


I'm sure I'll miss you, her, him, them and us lots! :'(





dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

I love finding nemo :)

"♪just keep swimming,
just keep swimming,
just keep swimming swimming swimming,
what do we do we swim swim swim

ha ha ha ha ha ha i love to swim when,
when you come just swim swim swim.♪"



I'm searching on google about *nothing actually*. And I found out, Dory from Finding Nemo said, "when life gets you down, all you have to do is just keep swimming!" :)  [badly I didn't know how to swim :'(]

Well, now I'm telling that to myself. *sigh*


It means that we must keep walking in our life even though there are lots of difficulty ahead us. Just face it with calm and smile. Allah still loves us. Alhamdulillah.. :)

Good night blogwalkers (,")





p/s : malam ini tiada punca untuk entry ini. just to make myself smile and pretend that nothing happened... ^-^  


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

IMASCU.upu.mohe.gov.my

Annyong (,"), tadi nisya check kelayakan untuk masuk universiti kat sini.. Yela, tak lama lagi nisya dah tamat matrik. Then, nisya akan sambung dekat universiti pulak.. Yup, UPU nisya dah isi.. sebelum ni. Sebelum nisya jumpa imascu tu.. Tapi lepas nisya check tadi, hurm.... i guess i really need to edit MORE about my permohonan. BUT I REALLY WANT TO DO MEDIC OR VETERINAR SOOO BADLY!! :( Sedihnyee... dalam imascu tu dorang cakap nisya tak layak untuk ambil sains perubatan ataupun veterinary.. TAPI, TAPi, TApi, Tapiiiiii, nisya nak buat jugakk! sob sob.. sedihnyee... macam mane ni? My ambition... :'(

I'm sorry for being so moody, frustrated and sad in my entry today.. but I really want to share something so that my feelings become lighter. Thanks all yang sudi baca entry nisya ni.. :'( Oh ALLAH, help me. 



I'm hoping for the chance so badly 


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

Hye ^_^


Hye ollss!! Dah lama tak buat entry. So rinduuu. :') How are you? Sihat? Dah makan? Dah mandi? Dah minum? Dah.... sembahyang? Haa, sape yang belum cepat cepat pegi! Tak elok melewat - lewatkan sembahyang ni. Dengar cakap mak ni haaa ;p

*ape nisya mengarut ni?* huhu. Okay, actually nisya tengah BOSANNNN.. So, apa lagi, bukak laptop, cucuk broadband, bukak google, twitter, facebookyoutube dan segala apa yang berkaitan. Dan tak dilupakan, mestilah blogspot.com.. ;) tapi, tak cukup jugak kalau bukak saje, tak hilang boring ni. Biasanye nisya main survey je blog ni, tak tulis ape - ape pun. Tapi hari ni tetibe je rasa nak menaip. Ni mesti kes terikut - ikut sedutan cerita *Istanbul Aku Datang* yang nisya dah khatam berapa kali dah tu.. Huhu, THUMBS UP untuk cerita tu sebab mampu buat nisya ulang tayang beberapa kali dalam laptop ni tanpa rasa bosan sikit pun. Korang yang tak tengok sumpah RUGI... ;)







So, the character involved:-
Lisa Surihani as Dian
Tomok as Azad
Beto as Harris
 
Ok, dah! I'm not going to share with you the storyline at all. I'm just want to say that this story is BEST and I LOVE IT. It is a romantic comedy film. Well, *maybe*. Nisya buat perspektif sendiri je. Huehue. But who cares? As long as I like it ;) So, cepatlah tengok bagi sape - sape yang tak tengok lagi..! Tetttttt...

Ehem, ehemm, tapi! Tujuan nisya berblogging hari ni bukan sebab nak cerita pasal *Istanbul Aku Datang* tu.. Nisya nak cerita pasal....emmm..pasal...emmm...pasal ape ye? Nisya pun tak tahu. Menaip entry tanpa tujuan yang pasti. Hoho. Ada nisya kisah? Korang nak kisah, sukahati korang la. Nisya tak peduli. *Cehhs* kejamm.

Okla, Ujian Pertengahan Semester 2 dah nak dekat. Bukan nak dekat je, tapi dah terlebih dekat dah.. 15 hari lagi ni haa... It's just around the corner. And me, nisya, as usual la, dupdapdupdapdupdap.. *jantung ni macam nak keluar je* hewhhh. Tapi tak serik - serik jugak kan, tak study pun! Ish ish ish, nisya nisya.. ape nak jadi dengan engkau ni haa... Anyone knows how to ubah nisya? Tolong munculkan diri sekarang juga! Huhu.

Okla, maghrib beberapa saat lagi akan masuk. So I guess this is the time for me to take my bath. Jom solat same - same ;) Bagi semua religion yang baca blog nisya ni, mohla kita semua solat ye. Udah - udahla bacanye.. Dah nak habis dah pun entry ni.. Huehue. Tapi, tak puas la jadi tengok facebook sorang ni. Haisyh... Nisya sekarang ni dah pandai jadi stalker ye. Even though we both *maybe* have been clashed, but I still miss him.. :'( psssstt, jangan kasitaw dia! :P Dah azan dahh. K, bye! Tetttt..
  


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

New Year ;D


teetttt trenggg!!!! selamat tahun baru. azam baru, hidup baru, cinta baru, lupakan kisah lalu! XD yay, excitednye tahun baru. tak tahu la kenapa. pakwe curang pun bahagia je rasa. haha, opps! nisya mana ade pakwe.. ;p



gambar baru... tapi nisya tak lawa mana pon. hoho. saje nak suruh korang puji. ;p

k, bye. emwaahh~ 


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

Woohooo! I'm FALLING IN LOVE ;D



Saya JATUH CINTA... dgn lagu ni.. awww XD

*pause*kan dulu lagu blog ni, baru PLAY ;)

k, bye (,")


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

:'(


Hari ni hari Ahad, 25/11/2012 --> Cuti nisya dah habis --> Kembali sedih --> Masuk KMM balik. Hurm, memang macam ni la tiap - tiap kali nisya lepas cuti kan.. Hewhew, nisya pun tak paham kenapa la nisya manja sangat. Well, i know i'm the youngest in my family tapi... entahla nisya tak boleh la kalau nak berjauhan dengan rumah dan family ni, mesti HOMESICK! anak - anak bongsu lain takde pun macam nisya ni. Kalau ada pun, mesti dah terbiasa sebab nisya daripada umur 13 tahun lagi dah berjauhan dengan family. Nisya was from boarding school actually. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra from 2007 till 2011. Tapi.... hewh~ taknak balik KMM! :'(

Lambatkanlah lagi pukul 12.00 Ya ALLAH.. amin~



dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

ALLAH, Please save the unrest :'(


Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Karim, Ya
Mukmin, Ya Jabar, Ya Amin, selamatkan

saudara-saudara Islam ku di Gaza
daripada Yahudi laknatullah.. Kuatkan
iman mereka, kuatkan semangat
mereka untuk mempertahankan
Masjidil Aqsa di sana.


Smoke rises after an Israeli forces strike in Gaza City, Sunday, Nov. 18, 2012. Go to related article »












Moga mereka dilindungi Allah dan jasad - jasad yang tidak bernyawa ditempatkan di tempat yang terpuji di sisi-Nya. Ya ALLAH, bantulah saudara - saudara kami.. :'(


 





 Amin...


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

Nak follow balik tapi TAK BOLEH... :(


Kenapa ya kalau nisya nak follow back or blog walking kalian - kalian yang melawat blog nisya ni, selalu je termasuk dalam laman - laman yang tak ada kaitan dengan blog?! grrrr~ stressnyeeeee......

Is there anyone who know how to solve this?? Tolonglaa nisya. Kesian orang - orang yang dah follow or shout out kat blog nisya ni. Honestly, i want to response back but I don't know how.. wuwuwuwu.. :'( Sory ye korang.. Nisya bukan sengaja taw.


Assalamualaikum (,")


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

Alhamdulillah... :')



PSPM 1 done! akhirnye.. :D 

Ok, actually bukan tu je yang nisya nak taip menaip malam ni.. banyak lagi........ hehe, SABAU ye. First and foremost, as usual and always, I MISS YOU ALL :') *i miss him too[MFS]* korang sihat? dah makan malam? dah mandi? dah tidur? dah baring? dah tengok tv? hoho, excited la plak nak bertanya malam ni. Al-maklumlah dah lama tak berblogging kan.. Tak rindu nisya ke? ;p

Actually, the story tonight do not have any plot. So, nisya minta maaf sangat - sangat if entry nisya malam ni bercelaru sikit. Banyak sangat yang nisya nak share dengan korang, pahit manis suka duka semua ada, sampaikan *blur* tak tahu nak start yang mana dulu. Hihi (sengih2 kambing) :')

Terharunye nisya baca shout out daripada kalian - kalian yang sudi datang jenguk dan follow blog nisya ni walaupun tak ada yang special pun dalam ni. Tapi korang datang jugak melawat. Nanti nisya melawat blog korang pulak ye. Insya-ALLAH. Well, hepinye dah habis Peperiksaan Semester Satu Program Matrikulasi (PSPM 1). Tapi nervous jugak ni, macam manalah result nanti ye. Takutnye kalau tak boleh capai pointer 2.00 ke atas. Nanti kena buang matrik. Sedihnye mak dan abah nisya kalau nisya jadi macam tu. Nauzubillah.. Minta jauhlah dari semua tu Ya ALLAH.. Tak sampai hati nak lukakan hati mak dan abah :'( Actually, hari ni dah start cuti semester taw. Tapi nisya tak balik lagi, sebab nanti ada MUET 10/11/2012. Sedihnye bila tengok kawan - kawan yang rumah dekat semua balik. Dahla kena stay 4 hari kat sini. Tak tahu nak buat apa. Outing pun tak boleh. Sedih.. ;( -doakan nisya ye MUET nanti-

Second story, berdasarkan apa yang nisya survey di facebook dan twitter, dah ramai kawan - kawan nisya yang dah berubah jadi lebih baik daripada sebelumnya.. Alhamdulillah.. Nisya harap nanti nisya pun dapat jadi macam dorang jugak. Kita berubah sama - sama ye. Untuk kebaikan kita semua jugak. Hewhew. Moga semua tu dapat jadi batu lonjatan untuk kita terus meningkatkan kualiti diri kita semua. Cewaaahhhh, gramatis gitu. :D

Third Story, berita baik atau buruk, nisya dah jadi peminat BIG BANG! hoho. *perlu ke nisya cerita?* Well, mestilahhh... kalau boleh nisya nak cerita semuanya kat korang semua. Tapi tak bolehlah macam tu kan, blog kan public. Kalau korang semua ada kat depan nisya sekarang ni, mesti semua cerita nisya potpetpotpetpotpet.. Bak kata kawan nisya kat matrik melaka ni, "first impression untuk nisya memang jauh berbeza dengan mengenali nisya lebih rapat" ;) wahh, terharu. Ramai orang cakap muka nisya garang la, serius la, tapi bila duk dekat, nisya jugak yang tegur dulu. And nah hamik kau, lepas kenal nisya, terus bertukar persepsi itu. Me actually a really talkative person :D Oraittt, kembali pada cerita asal, macam mana nisya boleh jadi peminat BIG BANG ye? Dah berubah ke minat nisya pada KIM HYUN JOONG. Cewahhh.. takdelah. Kesetiaan nisya pada Mr Kim tak pernah berubah taw. Just nisya jatuh hati bila tengok video Big Bang, "Haru Haru". Video ni mengingatkan nisya pada seseorang. Tersentuh hatiku.... hoho~ 


but before that, PAUSEkan dulu lagu *blue-bigbang* dalam blog ni ok , cara pause : scroll down ke bawah dan cari "lagu jiwang belog" di sebelah kanan bawah, kemudian tekan II ;)




Sedih tak? Kalau tak sedih pun, terharu la sikit. Huhu. Ya ALLAH, nisya rindu kat dia. Mr MFS :')


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

Peperiksaan Akhir Semester Satu Program Matrikulasi (PSPM)!!


argghhhh!! 21 hari lagi.. takutnye tak dapat tunaikan impian mak dan abah.. korang semua doakan nisya taw taww :'( nisya teringin sangat nak dapat pointer 3.00 ke atas... nanti cuti sem lepas PSPM nisya update entry banyak banyak yee... sekarang tak cukup masa sangat.. wuwuwuu, rindunyee kat kalian semua.. especially yang sentiasa jenguk blog nisya ni. nisya ucapkan terima kasih banyak banyak banyak banyak banyak. jejak korang kat shoutbox tu pun tak sempat nak balas. jangan ambil hati ye...

mood : study, study, study, study dan study lagi.. assignment tak siap2 pun.. aduiyaiiiii =.=" k bye, emwahh! (,")



dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

tinggalkan alamat di sini untuk sesi lawatan "Schewlala" :)

Copyright Protected© All Rights Reserved by Cik Nisya's Official Blog