Hye!
Tetibe rasa hepi pulak harini. Maybe sebab ada "org tu" share gambar dia ngan niece dia kot. Haha, first impression masa tengok? Gelak terguling-guling :P
Dia: "Kenapa 'awk' gelak?"
Nisya: "Sebab 'sy' rasa hepi bila tengok gambar ni, 'sy' gelaklah". (Sambil terus gelak-gelak, honestly gambar tu tak lawak, tp lawak. Errr, tak tahu nak describe acaner. Hewhew)
Ok, straight to the point, maaf buat korang sebab terpaksa baca dulu benda yang langsung tak ada isi dalam topik perbincangan kita hari ni. *ececeehh*
Telur! Hurmmm, selain sedap dimakan, menyihatkan tubuh badan dan memberi tenaga, telur juga mempunyai sumber protein dan omega yang tinggi ye tuan puan. Oleh itu, telur SANGAT berkesan untuk melicinkan kulit, merawat kulit dari merah-merah(untuk sesiapa yang mempunyai kulit sensitif) dan mengelakkan kulit daripada serangan hendap puak-puak jerawat! Bukan hanya pada kulit, tapi kalau kita batuk-batuk(ada luka kat saluran tekak), makan 1 biji telur mentah/separuh masak boleh mempercepatkan penyembuhan luka tersebut. 100% guaranteed.. Eh tak percaya? Cubalah ;)
Bahan yang diperlukan untuk mencantikkan kulit dengan telur:-
-Sediakan 1 biji sahaja telur (lagi baik kalau telur organik)
-2 mangkuk kecil
-Sudu dan garfu kecil
-Air suam untuk bilas muka
-Air sejuk/Air basuhan beras
-Ais saiz biasa* (takde pun takpe)
Cara-caranya:-
1) Pecahkan telur dengan berhati-hati.
2) Asingkan putih dan kuning telur dalam 2 mangkuk kecil tadi (the most difficult thing for me). Jangan biarkan walaupun setitik kuning telur ade dalam mangkuk putih telur (macam nak buat meringue untuk kek :P).
3) Ambil sudu dan kacau putih telur sepantas mungkin sehingga mengeluarkan buih-buih.
4) Bila dah keluar buih, that means putih telur sudah siap untuk dibuat mask!
5) Ambil bahagian yang berbuih tu dengan sudu, sapukan pada sekitar muka dan leher. Hati-hati jangan sampai terkena sekitar mata termasuk kening dan rambut.
6) Ulang step 5 sampai semua dah rata disapu, tebal mana sukahati^_^.
7) Tunggu sampai mask tersebut betul-betul kering dan mengeras (memang rasa muka ketat tak boleh nak senyum masa mask tu dah kering).
8) Bilas muka dengan air suam sebersih-bersihnya. Lap muka.
9) Amek garfu kecil, cucuk sikit kuning telur sampai keluar kuning cair telur tu (kalau kuning telur korang tak pecah lagi la. Kalau dah pecah, tak perlulah nak cucuk)
10) Ambil yang kuning tu, sapukan merata pada muka sebagai moisturizer (amat berkesan).
11) Tunggu sampai kuning telur kering dan mengeras.
12) Bilas dengan air sejuk/air basuhan beras sebersih-bersihnya. Jangan lupa sapukan ais di sekitar wajah selepas itu agar pori-pori menjadi lebih halus(tak buat pun takpe) ;)
Tadaaa!
In the next few minutes, trust me, kulit korang akan rasa lebih halus, licin dan lembut giteww.
Boleh lakukan mask putih telur dan pelembab kuning telur ni sekali seminggu ataupun dua kali seminggu, tapi jangan kerap sangat. And tak lupa juga pasal lebihan telur tu, korang boleh tambah lagi telur dan buat telur dadar ke hape. ATAUpun bagi yang memelihara kucing macam Nisya, Nisya bagi je kat kucing yang mentah-mentah tu, memang licin dijilatnye. Al-maklumlah nak sedapkan suara kannnnn :D
Oh, and tak lupa nak share dgn korang, Dato' Siti Nurhaliza pun amalkan petua ini howkehhhh. Memang sangat-sangat berkesan! Tak percaya, tengoklah ini ;)
As usual, pausekan la dulu lagu blog nisya ni ye. Baru suara tak bertindan/bertindih. Enjoy~
Till then, wait for my next petua kecantikan 4 okehhh. Buh-bye(,")
Tweet
0 luahan hati si KACAK dan JELITA ^-^:
Post a Comment