Tinggalkan jejak di Shoutbox yea.. Thanks(^-^)

" Let me solve your question about 0.5% of myself"

My photo
Malaysia
"Well, I'm extremely known as Nisya Ismail born on 7th June 1994 live for twenty years old who always won't care what is on your mind and hate to know something that is out of my business. Just a simple girl who loves to sing as it is half of my life. I'm a very sensitive but an EGOis girl as I'm the youngest daughter and also children in my beloved family. I was one of God's creations born to be a fashion lover also adored with all my pretty cute things and surprising, by seeing their pictures' spontaneously will make me crazy screaming on that time. Only ALLAH knows me better, definitely you have no right to judge for who I am or what should I do. I care much about the things I love, it could be anyone or anything: as the illation; it's everything. Be grateful with what ALLAH had grace to you in this transient world and yes, it is lasting for a short time only. I have a strong dislike for a person such as fakers, cheaters, etc. 'Fakers' are trying their hardest to be someone else and I know some of them is the one of you here, especially fakers who always steal the others' style. Hey darling, can you please use your brain and find for your own idea or identity, wannabe's."

Petua Kecantikan 1 (beras)

Untuk warm up entry setelah blog ini ditinggal sekian lama, Nisya nak share petua yang Nisya selalu buat untuk jaga kulit wajah dan kulit badan agar sentiasa segar, gebu, licin dan sangat jarang di"hinggapi" jerawat ;)

Tak perlu kos mahal-mahal nak beli kosmetik ni, kosmetik tu. Kat rumah tu ade dapur kan? Ade beras? Ade tomato? Ade telur? Ade timun? Ade Tea? Ade peti sejuk? So, selesai. No need to dedahkan kulit wajah anda pada bahan kimia yang mungkin baik pada masa kini, tapi boleh memudaratkan pada masa hadapan. Enjoy^_^ 

Kalau sudi, amalkanlah selalu agar kita sama-sama dapat manfaatnya.. Insya-ALLAH. (Tak rugi berkongsi ilmu, andai ada salah silap, tegurlah nisya di ruangan komen. Terima kasih)

Alright, for this entry, nisya akan share tentang kebaikan beras dalam kecantikan kulit tak kiralah kulit wajah atau badan, dua-dua ada kebaikannya, dengan izin Allah. First, kita tengok bahan-bahan dulu okay.

Bahan-bahan yang diperlukan:- 
1) Beras (alang-alang nak masak tu, pakaila seberapa banyak yang diperlukan ye). Lagi elok kalau beras tu organik. Tak organik pun takpe, beras yang nisya selalu guna pun tak organik. ;) 
2) Air untuk basuh beras 
3)Mangkuk besar atau bekas besar (suka hatilah untuk letak air basuhan beras)

Nisya rasa, dengan bahan-bahan kat atas tu, mungkin ramai yang dah tahu apa petua yang nisya guna ni kan? Yang tak tahu takpe, nisya akan share step by step sampai korang faham. No worries beybehh.

Alright, dengan bahan-bahan kat atas tu, you'olls kenala basuh beras yang you'olls nak masak tu. Biasanya kita akan basuh sebanyak tiga atau empat kali kan. Air basuhan beras yang pertama itu boleh dibuang atau disimpan untuk menjirus pokok (insya-ALLAH pokok tu akan subur) atau membersihkan sink agar lebih bersinar-sinar giteww, jangan simpan buat basuh muka pulak. Kalau beras tu yang organik*(noted!) bolehlah disimpan air basuhan beras yang pertama itu untuk membilas muka ataupun dijadikan toner. Sebabnye? Beras organik tiada bahan kimia ye tuan-tuan puan-puan. Kalau beras yang biasa jual kat pasaraya tu, mostly ade bahan kimia. So, basuhan beras yang pertama tu akan menghilangkan bahan-bahan kimia yang melekat kat beras tu dulu, sebab tu air basuhan beras yang pertama kebiasaannya pekat.

Air basuhan beras yang kedua pulak optional, maknanya, boleh disimpan untuk basuh muka ataupun dibuat jirus pokok jugak sebab kualiti beras pun effect air basuhan tu. Kalau anda tengok air basuhan beras yang kedua tu still pekat macam air basuhan beras yang pertama, Nisya syorkan anda buat jirus pokok je la air tu. Kemungkinan air basuhan beras yang pekat tersebut masih ade bahan kimia. Kalau kepekatannya sudah berkurang, so anda bolehlah simpan air basuhan beras yang kedua tu ye. 

Yang ketiga dan keempat pulak memang confirm boleh disimpan. Kalau pekat jugak tak tahulah den beras yang kome semua beli ni beras jenama kimia ke? :P

Alright, if air basuhan beras yang disimpan dalam bekas tu banyak, bolehlah dibuat bilas untuk kulit wajah dan mana-mana kulit badan yang gelap macam ketiak atau celah peha. Sebabnya air basuhan beras ni khasiatnya adalah untuk memutihkan, meng"samarata"kan tona dan menggebukan kulit. Amalkan selalu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, insya-Allah anda akan lihat hasilnya. Jangan lupa berselawat dulu masa nak tonyoh2 air tu kat kulit. Opps, bukan tonyoh kuat2 tu, tonyoh sikit2 dahler. Nanti terkoyak pulak kulit. Hihi, *tetibee*.

TAPI! jangan pulak korang ni sengaja nak jadikan air tu banyak, korang simpan berhari - hari, alamatnya basi la air tu nanti. Tak percaya? Cubalah. Hidu bau air basuhan beras yang telah ditinggalkan selama 24 jam. Mesti bau basi punya, (nisya pernah buat :P).

Okay, tu kebaikan air basuhan beras. Selain tu, beras ni pun boleh dibuat skrub. Cara-caranya:-

1)Sediakan kuali dan sudip. 
2)Lesung Batu atau penumbuk yang tumbuk-tumbuk bawang, kunyit, halia tu. Nisya panggil lesung batu. 
3)Sedikit beras (sikit je tau, dalam separuh cawan kecil yang buat minum tea atau kopi tu je).

Okeh, first of all, basuh beras tu macam biasa, then goreng beras tu dalam kuali sampai warnanya bertukar keperang-perangan atau macam hangit sikit. Tapi bukan hitam! Jangan letak minyak pulak. Berminyak nanti skrub tu. Hewhew. Lepastu tumbuk beras yang telah digoreng tadi sampai halus sehalus-halusnya (part ni memerlukan kesabaran sikit ye). Then simpanlah beras yang dah ditumbuk tadi dalam mana-mana bekas tertutup. Simpanlah dalam setahun pun takpe. Takde expired date ;)

Cara guna, masa korang nak cuci muka dengan apa-apa pencuci muka korang tu (Nisya pakai safi balqis je). Tiga kali seminggu korang ameklah secubit beras yang telah ditumbuk halus tadi then campurkan bersama pencuci muka yang korang picit atas tangan, campur air sikit, pastu cuci la macam biasa. Insya-Allah segala kotoran-kotoran tersumbat akan hilang ;)

Okay, memandangkan Nisya dah mengantuk(mata dah berair, mulut dah ternganga luas menguap banyak kali :P), setakat ini sahajalah entry Nisya malam ni tentang petua kecantikan menggunakan beras. Dalam entry akan datang Nisya akan kongsikan petua yang lain pula ye. Doakan impian Nisya untuk buka spa kecantikan tanpa bahan kimia pada suatu hari nanti tercapai. Amin.. Thank you for viewing this! Good Night. Assalamualaikum ;)

Jangan lupa amalkan minum air mineral 2 liter sehari dan tidur yang mencukupi. Byebye(,")


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

0 luahan hati si KACAK dan JELITA ^-^:

tinggalkan alamat di sini untuk sesi lawatan "Schewlala" :)

Copyright Protected© All Rights Reserved by Cik Nisya's Official Blog