orait, buat entry yang ketiga ni plak, nisya nak share dengan korang macam mane nak hadapi keadaan semasa ditemuduga^^. layan jer. harap entry ini dapat membantu korang yang akan menghadapi temuduga sekalian. =)
SEMASA TEMUDUGA
1 - pastikan anda mematuhi segala arahan yang terkandung di kawasan temuduga anda. sebagai contoh, mungkin pada pintu bilik penemuduga tu tertulis ayat, "sila tanggalkan kasut anda". maka patuhilah arahan tersebut walaupun kasut anda tersangatlah susah untuk ditanggalkan dan dipakai balik. ^_^ mungkin ia adalah satu prosedur untuk melihat sejauh mana tahap keprihatinan, disiplin serta tahap kesabaran anda (termasuk jugak eh? nisya teka jurr. huhu. =P)
2 - apabila anda buka pintu bilik ataupun sampai di pintu bilik penemuduga, bagilah salam bagi yang beragama Islam. dan bagi yang beragama lain, ucaplah salam sejahtera ataupun selamat pagi/ tengahari/ petang (bergantung pada keadaan lah yer). dan satu lagi ucapan selamat yang nisya rasa tak perlulah kot korang ucap pada para penemuduga, "Salam Satu Malaysia". hah, yang ni memang tak perlu diucapkan walaupun anda merupakan wira atau wirawati negara dari sebarang kem PLKN sekalipun. huhu. =P
3 - tunggu penemuduga menghulurkan tangan dahulu. kemudian barulah anda menjabat tangannya. jika anda perempuan dan penemuduga lelaki (bagi yang beragama Islam), cukuplah sekadar menundukkan kepala sedikit dan senyum sebagai tanda hormat anda kepadanya. tidak perlu menjabat tangan si penemuduga. =)
3 - sentiasa tegakkan badan (postur badan aktif), jangan tunduk muka dan hanya duduk apabila anda dipelawa untuk duduk. jangan sesekali tanya, "boleh saya duduk?" atau sebagainya sebab ia akan menunjukkan sikap anda yang biadap. ucapkan terima kasih serta senyum apabila anda dipelawa untuk duduk.
4 - setelah duduk dengan tegak, muka menghadap penemuduga dan selesa, jangan sesekali meletakkan siku atau barangan anda di atas meja (sekiranya duduk berhampiran dengan meja penemuduga). letak sahaja barangan anda seperti beg tangan di atas peha. jika ia menghalang pandangan anda, letakkan barangan itu dengan kemas di atas lantai. duduk dalam keadaan tenang, jaga setiap gerak geri anda dan jangan sesekali menggoyangkan kaki serta menyilangkan kaki di hadapan penemuduga.
5 - maniskan muka anda (tetapi janganlah sampai tersengih macam kerang busuk, nanti orang ingat korang gila pulak. hehuihuu :D). setelah penemuduga memulakan kata barulah anda bersuara. jangan sesekali menunjukkan isyarat kurang senang atau biadap apabila penemuduga mengajukan soalan walaupun anda tidak menyukai soalan tersebut. jika anda merasakan soalan tersebut tidak wajar diajukan, jawab sahaja, “Maafkan saya, saya kurang faham bagaimana adanya perkaitan di antara perkara tersebut dengan jawatan yang saya pohon ini. Boleh Encik/Cik/Puan tolong jelaskan?” dengan rasa hormat. jika penemuduga masih mengajukan soalan yang tiada kaitan dengan bidang yang anda pinta, anda juga boleh menjawab soalan yang diajukan dengan professional begini, “Maafkan saya, saya tidak melihat rasional dan perkaitan di sebalik soalan itu dan jawatan yang saya pohon ini. Saya tidak rasa selesa untuk memberikan jawapan sekarang”. setiap soalan yang ditanya seharusnya dijawab dahulu di dalam hati (tetapi jangan mengambil masa yang terlalu lama). cara ini mampu mengelakkan anda daripada menjawab sesuatu soalan dengan tergopoh - gapah dan gagap.
6 - jawapan yang diberikan pula hendaklah ringkas dan tepat. sentiasa fahami kehendak soalan yang diajukan (jawab soalan yang diajukan sahaja) ditambah dengan contoh kelebihan dan pengalaman anda dalam sesuatu bidang yang berkaitan dengan temuduga yang sedang anda hadapi (sebagai contoh, nisya dalam bidang tesl). jangan sesekali merahsiakan kelebihan anda. seelok - eloknya ceritakan kelebihan anda kepada penemuduga kerana ini akan meningkatkan keyakinan penemuduga tersebut untuk menerima anda. tetapi jangan sesekali menipu yer!
contoh soal jawab yang dapat nisya bagi : (soalan) "ceritakan serba sedikit tentang diri anda"
(jawapan yang baik) "nama saya Darwish. Saya lulusan daripada Infotech Mara Kuala Lumpur dimana sesi pembelajaran disitu menekankan 70% praktikal dan hanya 30% teori. Setelah hampir 3 tahun bekerja di syarikat ABC trading, saya berpeluang bekerja dengan ramai jurutera-jurutera dari Petronas, Sime Darby dan sampai sekarang masih mengekalkan hubungan dengan mereka" (tunjukkan kemahiran anda yang tinggi,kebolehan anda bergaul dengan pekerja atasan dan sebagainya)
(jawapan yang kurang baik) "Nama saya Darwish. Saya berumur 27 tahun. Saya berkelulusan dari Infotech Mara Kuala Lumpur. Saya berasal dari negeri Perlis. Adik beradik... dan sebagainya" (tiada sebarang kebolehan dan kepakaran yang ditonjolkan dalam jawapan yang diberikan, hanya biodata diri. ingat, temuduga bukanlah tempat untuk berkenal - kenalan ataupun untuk masuk program cari menantu yer =P)
7 - sentiasa mengawal fokus mata ke mata untuk melahirkan rasa percaya antara anda dengan penemuduga (kalau malu, fokuskan mata anda di dahi antara kedua - dua mata penemuduga).
8 - Kenal pasti siapa ketua panel penemuduga dan berikan segala jawapan dan sepenuh perhatian terhadap beliau (jangan sesekali berkhayal!)
9 - jangan terlalu banyak bercakap dan jangan terlalu kurang bercakap. pendek kata, berpada - pada apabila bercakap! dan jangan sesekali meninggikan suara, cukuplah sekadar bertindak tegas untuk menunjukkan peribadi anda.
10 - jawab dengan menggunakan bahasa yang digunakan penemuduga. jika beliau menggunakan bahasa malaysia, maka jawablah dengan bahasa malaysia "standard". jangan sesekali campur aduk bahasa.
11 - Ucapkan terima kasih dan jangan lupa akhirkan kata-kata dengan harapan agar anda dapat menjadi sebahagian dari syarikat atau universiti tersebut sekiranya diterima.
KEPERLUAN SEMASA TEMUDUGA
1 - pastikan segala keperluan semasa temuduga seperti sijil disusun dengan baik dalam buku sijil serta borang dan dokumen dilengkapi dengan sempurna.
2 - sila JUJUR semasa menjawab soalan. (tetapi janganlah terlalu jujur pula sehinggakan anda mengatakan bahawa anda kurang berminat dengan tawaran yang diberikan dan anda akan ke temuduga yang lain pula selepas ini. hal ini nyata menunjukkan bahawa anda langsung tidak berminat terhadap temuduga tersebut dan juga biadap).
3 - bahasakan diri kamu, "saya" semasa temuduga dan panggil penemuduga dengan panggilan, "Encik/Cik/Puan/Tuan/Doktor/Dato'/Datin" bergantung kepada jawatan yang dipegang.
ENGLISH LANGUAGE
1 - kebiasaannya tuntutan temuduga pada masa kini memerlukan penggunaan bahasa inggeris walaupun mungkin hanya satu soalan yang diajukan penemuduga berbahasa inggeris. oleh itu, latihan dan keyakinan diri sangat penting. =)
2 - pastikan anda betul - betul memahami kehendak soalan yang diajukan barulah menjawab soalan tersebut dengan tenang, yakin dan tidak gopoh - gapah.
3 - gunakan perkataan - perkataan yang kamu sendiri fahami, simple dan tidak perlu bersusah - payah berfikir untuk mencari perkataan yang boombastik!
4 - jangan terlalu gugup serta "berdebar - debar" untuk menjawab soalan dalam bahasa inggeris kerana kesalahan tatabahasa hanyalah perkara biasa. =)
klik pada gambar ini untuk zoom =) |
orait, habis sudah tips - tips nisya untuk korang yang bakal hadapi temuduga ohh interview ini. =) nisya harap korang akan jadikan entry - entry nisya dalam blog ini sebagai rujukan apabila korang hadapi temuduga nanti. thanks sudi luangkan masa di blog yang serba kekurangan ini. till then, bubye (,")
0 luahan hati si KACAK dan JELITA ^-^:
Post a Comment