Tinggalkan jejak di Shoutbox yea.. Thanks(^-^)

" Let me solve your question about 0.5% of myself"

My photo
Malaysia
"Well, I'm extremely known as Nisya Ismail born on 7th June 1994 live for twenty years old who always won't care what is on your mind and hate to know something that is out of my business. Just a simple girl who loves to sing as it is half of my life. I'm a very sensitive but an EGOis girl as I'm the youngest daughter and also children in my beloved family. I was one of God's creations born to be a fashion lover also adored with all my pretty cute things and surprising, by seeing their pictures' spontaneously will make me crazy screaming on that time. Only ALLAH knows me better, definitely you have no right to judge for who I am or what should I do. I care much about the things I love, it could be anyone or anything: as the illation; it's everything. Be grateful with what ALLAH had grace to you in this transient world and yes, it is lasting for a short time only. I have a strong dislike for a person such as fakers, cheaters, etc. 'Fakers' are trying their hardest to be someone else and I know some of them is the one of you here, especially fakers who always steal the others' style. Hey darling, can you please use your brain and find for your own idea or identity, wannabe's."

temuduga ohh interview part 2 ^_^

seperti yang sudah dijanjikan. jeng jeng jeng~! :D baru j beberapa minit lepaih selesai taip entry temuduga ohh interview part 1. takpela, lagi copat, lagi baguih kannn.. at least nisya menepati janji. hohoho. *perasan* =P

part 2 pulak nisya nak cerita pasal pakaian yang elok buat temuduga. jom layann^^ 

BAGI LELAKI :



BAJU - sangat senang, pakailah pakaian yang sesuai, berkolar dan berlengan panjang. sebaiknya pakailah kemeja. =)

SELUAR - seluar hitam atau kelabu dan warna stokin seeloknya sama dengan warna seluar. =)

KASUT -  pemilihan kasut pula seperti kasut khusus ke pejabat, bertumit sedikit dan berkilat. kasut berwarna hitam adalah pilihan terbaik. =)

WARNA - pemilihan warna boleh rujuk di entry nisya "temuduga ohh interview part 1". cuma kaum lelaki seharusnya mengelakkan warna yang terang seperti hijau walaupun warna tersebut termasuk dalam warna pilihan pakaian temuduga ^__^. warna yang sesuai untuk lelaki ialah warna biru tua atau muda serta warna kelabu.

WANGIAN - bagi lelaki yang minat memakai perfume ataupun minyak wangi, pastikan anda tidak memakainya secara berlebihan yer. pakai sekadar untuk menutup bau badan ;). seeloknya hanya pakai deodorant sudah mencukupi.

TALI LEHER - mestilah diikat kemas. pemakaian tali leher hendaklah tidak melepasi paras pusat, ini kerana sesiapa yang memakai tali leher melebihi pusat dianggap sudah berkahwin. =)

TALI PINGGANG - tali pinggang seeloknya berwarna hitam. kepala tali pinggang bersaiz sederhana sudah memadai (tak perlulah kepala tali pinggang tersebut berbentuk superman atau tengkorak bagai! cukuplah sesuatu yang simple..)

  last, jangan pakai pakaian yang terlampau ketat atau longgar kerana ini mampu mengakibatkan anda disekat dari memasuki sesi temuduga dan mendapat rekod yang tidak baik untuk sesi temuduga seterusnya. pakai pakaian yang kemas dan selesa.

BAGI WANITA :
   

BAJU - baju kurung adalah pilihan paling sesuai untuk temuduga di Malaysia. Pilihlah baju kurung yang tidak terlampau longgar atau ketat, menutup aurat (tidak jarang) dan nampak professional. tak kisahlah anda berbangsa apa sekalipun. yang penting anda orang Malaysia kerana baju kurung itu merupakan baju kebangsaan negara kita. baju korporat seperti gambar di atas juga digalakkan semasa temuduga. pastikan kemas dan selesa apabila menggayakan pakaian tersebut. =)

TUDUNG - bagi wanita yang bertudung, pakailah tudung yang formal. tudung yang dianggap paling formal ialah tudung bawal. jangan sesekali pakai shawl! pemakaian shawl atau selendang adalah dianggap yang paling tidak formal kerana sesetengah kainnya yang agak jarang serta penggayaannya yang nampak tidak berapa kemas. pakailah tudung bawal yang tidak bercorak. jangan pakai yang terlampau banyak corak, berbunga - bunga atau polka dot kerana tudung tersebut nampak tidak professional. tudung sudu / ariani / tudung malas seharusnya dielakkan sama sekali. =)

RAMBUT - bagi wanita yang tidak bertudung, pastikan rambut anda disikat kemas dan tidak menggerbang. seeloknya diikat atau dibuat "bun style". =)

WARNA - boleh rujuk entry nisya yang sebelum ini. =)

CORAK - kalau anda memakai baju kurung, pilihlah yang tidak ada corak atau corak yang tidak terlalu menonjol. simple is better. ^^ kalau corak bunga besar, jangan pilih yang terlampau penuh di kain. pilihlah yang mempunyai corak sedikit/ jarang - jarang sahaja. sebaiknya elakkan corak berbunga besar.

KAIN - peringatan! elakkan kain yang ketat dan jarang oke! maklumlah, sekarang kan fesyen orang pakai kain transparent. oppss~ hihi. sape terasa pedas dia yang makan cili. =P

WANGIAN - seharusnya tidak perlu! Disamping haram dipakai oleh wanita Islam sekiranya dipakai dengan bukan mahram kerana menarik perhatian, perfume akan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang yang nak menemuduga.Tapi, pakailah deodorant, nanti silap-silap tak dapat tawaran sebab badan berbau. huhu. =)

MAKE UP - tak perlu tebal - tebal macam pengantin ape semua tu. ahaii, pakai bedak dan lip balm sahaja sudah memadai. ^__^ atau tak payah pakai terus buat korang yang ada muka yang putih, bersih, suci dan berseri itu. ingat, temuduga adalah untuk dapat kerja, biasiswa ataupun masuk institut pengajian tinggi, bukan untuk masuk program cari menantu.

KASUT - pakailah kasut yang menutup jari - jemari kaki. ketinggian kasut pula sederhana, tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi (tapi pastikan bertumit!). warna hitam adalah yang terbaik. =)


sekian sudaahhh buat temuduga ohh interview part 2. lepas ni ada sambungannya lagi yer. harap korang bersabar.^__^ to be continued......

klik pada gambar ini untuk zoom =)
  



dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

0 luahan hati si KACAK dan JELITA ^-^:

tinggalkan alamat di sini untuk sesi lawatan "Schewlala" :)

Copyright Protected© All Rights Reserved by Cik Nisya's Official Blog