pada petang selasa lepas (lebih kurang pukul 2 petang), nisya dikejutkan dengan panggilan daripada Universiti Industri Selangor(UNISEL) yang minta nisya datang temuduga pada pagi jumaat, iaitu esok hari di Dewan Syed Sirajuddin, Universiti Malaysia Terengganu(UMT). mula - mula nisya jawab tu, memang ahaaiii, terkedu tak tahu nak jawab aper. =P sebab setahu nisya, nisya tak pernah apply nak masuk UNISEL, bukak laman web dia pun tak pernah. (: tiba - tiba je dapat pergi temuduga dalam bidang Teaching English As A Second Language(TESL) yang selama - lama ini memang nisya idamkan. hihuehuuu.. (happy :D) bak kata orang rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. ^^
orait, now nisya nak kongsi dengan korang semua cara - cara pemilihan warna untuk ke temuduga. biasalah, zaman sekarang nak masuk Sekolah Berasrama Penuh ataupun Sekolah Berprestasi Tinggi macam sekolah nisya dulu tu pun, kena temuduga tau. apatah lagi nak masuk universiti or nak dapat kerja, lagilah wajib temuduga kann. (: so, ia merupakan satu perkara yang sangat basic. uke, nisya start dengan pemilihan warna dahulu. lepas ni ada sambungan lagi tau sebab berdasarkan tajuk entry yang nisya buat ni kan sudah terang lagi bersuluh yang nisya kasitaw "part 1". jadi, mestilah ada sambungannya lepas ini. (: nisya tak mahu entry nisya jadi panjang sangat, nanti korang boring nak baca kann. nisya tahulah sebab nisya pun pembaca macam korang jugak. huhu ^__^
warna - warna yang patut dipakai semasa temuduga (:
PUTIH - warna yang melambangkan kesucian dan kebersihan. ia juga merupakan warna universal yang mampu dipadankan dengan warna - warna lain (tapi ingat, gabungan warna untuk temuduga haruslah tidak melebihi 3 warna ^__^)
BIRU - melambangkan ketenangan, kuasa, ketaatan dan kepercayaan, warna ini amat digalakkan dalam temuduga. (nisya pun pilih baju kurung moden warna biru untuk temuduga nisya esok ^__^)
COKLAT - melambangkan keseimbangan dan kredibiliti iaitu daya tarikan seseorang. ^__^
BEIGE - warna ini sesuai untuk seseorang yang dipanggil temuduga agak lewat/ di akhir - akhir waktu pejabat kerana warna ini dapat mengurangkan stress dan menenangkan sesiapa yang memandang. ^__^
KELABU - warna yang seimbang dan sofistikated. anda pasti nampak lebih yakin dengan warna ini. ^__^
HIJAU - melambangkan ketenangan alam semula jadi, kekayaan dan kejayaan. warna ini menenangkan mata yang memandang dan penemuduga akan berasa selesa apabila bercakap dengan anda. ^__^
warna - warna yang patut dielakkan semasa temuduga (:
MERAH - melambangkan haba, bahaya, kuasa dan kekuatan. membuatkan orang yang memandang meningkatkan jangkaan terhadap diri dan emosi si pemakai. seharusnya warna merah dielakkan sama sekali!
OREN - pelambangan yang sama dengan warna merah dan menarik perhatian orang terhadap si pemakai.
KUNING - menurut kajian, manusia mudah hilang sabar di bilik yang berwarna kuning. tak percaya? cuba sendiri ^__^. mungkin si pemakai warna ini serta si penemuduga akan mudah hilang kesabarannya.
UNGU dan MERAH JAMBU - terutamanya buat kaum WANITA, anda tidak digalakkan memakai terlalu banyak warna ini kerana melambangkan sifat keperempuanan yang lemah.
setakat ini sahaja dahulu buat entry "temuduga ohh interview" nisya part 1. to be continued.... =)
2 luahan hati si KACAK dan JELITA ^-^:
hai hai xD~~
follow sini :]
orait dear. thanks follow blog nisya (:
Post a Comment