Tinggalkan jejak di Shoutbox yea.. Thanks(^-^)

" Let me solve your question about 0.5% of myself"

My photo
Malaysia
"Well, I'm extremely known as Nisya Ismail born on 7th June 1994 live for twenty years old who always won't care what is on your mind and hate to know something that is out of my business. Just a simple girl who loves to sing as it is half of my life. I'm a very sensitive but an EGOis girl as I'm the youngest daughter and also children in my beloved family. I was one of God's creations born to be a fashion lover also adored with all my pretty cute things and surprising, by seeing their pictures' spontaneously will make me crazy screaming on that time. Only ALLAH knows me better, definitely you have no right to judge for who I am or what should I do. I care much about the things I love, it could be anyone or anything: as the illation; it's everything. Be grateful with what ALLAH had grace to you in this transient world and yes, it is lasting for a short time only. I have a strong dislike for a person such as fakers, cheaters, etc. 'Fakers' are trying their hardest to be someone else and I know some of them is the one of you here, especially fakers who always steal the others' style. Hey darling, can you please use your brain and find for your own idea or identity, wannabe's."

alhamdulillah =')

hyee kome - kome sekalian. sudahh 2 minggu nisya tidak update ini blog. mohon maaf sejuta kali =') sengaja nisya tak update sebab nak biarkan entry nisya yang temuduga ohh interview tiga2 part semua sekali ada di muka depan blog nisya ni. agar senang orang nak cari kan. tak perlu nak belek sana belek sini ^___^

orait, untuk entry kali ini nisya nak ucapkan syukur yang teramat kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan nisya tawaran di matrikulasi Melaka dalam bidang Sains =) syukur alhamdulillah. at least, nisya tak perlu lagi pening - pening memikirkan sama ada nak masuk ke tak kat universiti - universiti swasta yang tidak pernah mengenal erti penat lelah menghubungi nisya melalui telefon, e-mel, surat dan sebagainya. apa - apa sekalipun, nisya hargai itu. terima kasih daun keladi~

atas pesanan dan nasihat mak, keluarga, rakan - rakan dan senior - senior sekolah nisya dulu. nisya akan belajar dahulu di matrikulasi tersebut dan jika tak serasi atau dapat tawaran daripada upu yang lebih baik, nisya boleh stop dan further nisya punya studies dekat universiti or ipt lain =) yang penting, rezeki yang ada harus digunakan dengan sebaik yang mungkin kann^^

inilah jawapan yang nisya dapat melalui matrikulasi semalam (:

Tahniah! Anda telah ditawarkan ke Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Nama : Siti Nurkhairunnisa Binti Ismail
No Kad Pengenalan : 940607036**2
No Matrik : MS1211503635
Program Pengajian : Program Satu Tahun
Kursus : M001-SAINS
Nama Kolej : Kolej Matrikulasi MELAKA
Tarikh Mendaftar : 28 Mei 2012

well, that's it. nisya harap nisya boleh tumpukan pelajaran dan struggle betul - betul di sana nanti. harap sangat nisya boleh mencapai target. =') korang tolong doakan nisya jugak yer. terima kasih^___^

orait, setakat ini sahaja dahulu entry nisya buat kali ini. semoga nisya akan tetap rajin meng"update" blog ini untuk korang - korang semua. huhu. till then, bubye (,")




sumber daripada : google and blogger =)


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

gadget ohh gadget.. fenim fenim =P


hyee korang ^_^. petang ni nisya nak share or nak mintak pendapat korang tentang gadget yang nisya mahu beli dalam tempoh 2 3 hari lagi neh. gadget tu pastilah fon~! huhu. sebenarnya, nisya berkenan sangat - sangat dekat 2 fon android ni. tapi nisya blur tak tahu nak pilih yang aner satu. so, nisya mintak korang bagi pendapat sikit pasal masalah nisya ni. fulus pulak mestilah nisya guna elaun dari kem PLKN yang nisya dapat hari tu. =P

fon pertama yang nisya berkenan ialah :)


pastinya yang sedang popular sekarang, samsung galaxy young ^__^. ramai orang cakap fon ni bagus. sangat pintar dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. nisya tanya kawan nisya yang dah beli fon ni, dia cakap harga yang ditawarkan RM450.00 sahaja. tambah dengan memory card 4GB, RM30.00 n the others, dalam lingkungan RM500.00 je la dia beli. murah kan? =) ukela tu, elaun nisya dari PLKN semuanya RM450.00. kira kena tambah RM50.00 sahaja j la lagi kalau nak dapatkan fon ni. huhu. nisya tengok kat internet pun komen2 tentang fon ni semuanya bagus - bagus. specification dyer pun not bad. sangat berbaloi dengan harganya. kalau korang nak tengok, boleh tekan dekat sini

tapiiiiii kan, nisya pun berkenan sangat dekat satu lagi fon ni :)


sony ericsson xperia x8. juga merupakan fon android. nisya suka dengan reka bentuk dia yg elegan tu. lagipun nisya memang peminat sony ericsson sebab fon yang dorang buat berkualiti ^_^. nisya tengok harga dekat pasaran sekarang pun not bad la. hanya RM474.00. juga berbaloi. aduhh, fenim fenim. kalau ikut hati nisya la kan. dua - dua fon ni nisya nak rembat! hehe. tapi kena tambah duit la. =P untuk spesifikasi fon ni pun lebih kurang dengan samsung galaxy y (sebab tu nisya tak tahu nak pilih yang mana, hihi). korang ley pegi dekat sini untuk dapatkan informasi tentang fon ini. 

oraitt korang, silalah tolong nisya yang tengah dilema ini. tinggalkan komen dekat bawah ataupun tegur je nisya dekat fb, Cik Schewlala  ye korang. sangat mengharap ni. ~__^

thanks sudi baca entry ini. nisya sayang korang. k, bubye (,")


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

x dapekk den nak pergi. =.="

hye buat pembaca blog nisya sekalian... punyer la meriah kan nisya buat tips - tips untuk ke temuduga dalam entry - entry nisya yang sebelum ni, tapi penghujungnya nisya x dapat nak menghadirkan diri untuk temuduga tu kerana keadaan mak dan abah nisya yang tak berapa sihat. tambah - tambah lagi malam ni kitorang akan berangkat ke shah alam. dorang mestilah memerlukan rehat yang banyak kann. so, jarang sikit la nisya leh update blog ini dalam masa 2 minggu *kot* nisya kat shah alam. =')

sedih la jugak tak dapat pergi temuduga tu. tapi apsal masa nisya online semalam, ramai kengkawan nisya yang suggest nisya supaya ta payah je pergi temuduga tu. dorang suruh nisya tunggu tawaran daripada universiti - universiti kerajaan. tak pun dari institut perguruan ke haper. maklumlah, setahu nisya, unisel tu half kerajaan, half swasta. *isu ini sensitif untuk dibincangkan*. huhu, tak tahulah. dalam hati nisya nak pergi. tapi kesian mak dan abah nisya pulak nak menghantarnye. pasal kerajaan dan swasta tu, nisya tak nak komen ape - ape. =) thanks kepada sesaper yang menasihati nisya di facebook chat semalam. nisya hargainya sangat - sangat ^_^.

satu lagi yang nisya risau, tentang Encik Zubir yang menelefon dan sms nisya tentang temuduga tu. huhu, actually nisya dah janji taw dengan dia yang nisya confirm dapat menghadirkan diri pada pukul 10 nanti, tapi last - last nisya sendiri yang mungkirinya. tu la orang dulu - dulu cakap, jangan berjanji kalau tak boleh tepati. ahhhaaaiii~ sekarang kan dah kena batang hidung sendiri. =P minta maaf banyak - banyak ye encik zubir. thanks a lot sebab sudi menelefon dan sms nisya tentang temuduga tu. huihui =]


inila logo Universiti Industri Selangor (UNISEL) ^_^. pasal entry - entry nisya yang lepas - lepas tu biarkan je la kan dorang kat situ. at least nisya dapat membantu jugak (lawpun sikit) kat korang yang akan hadapi interview. huhu, kla girls and guys, nisya stop dulu. 

till, then, bye bye (,")


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

temuduga ohh interview part 3 ^_^

orait, buat entry yang ketiga ni plak, nisya nak share dengan korang macam mane nak hadapi keadaan semasa ditemuduga^^. layan jer. harap entry ini dapat membantu korang yang akan menghadapi temuduga sekalian. =)



SEMASA TEMUDUGA

1 - pastikan anda mematuhi segala arahan yang terkandung di kawasan temuduga anda. sebagai contoh, mungkin pada pintu bilik penemuduga tu tertulis ayat, "sila tanggalkan kasut anda". maka patuhilah arahan tersebut walaupun kasut anda tersangatlah susah untuk ditanggalkan dan dipakai balik. ^_^ mungkin ia adalah satu prosedur untuk melihat sejauh mana tahap keprihatinan, disiplin serta tahap kesabaran anda (termasuk jugak eh? nisya teka jurr. huhu. =P)

2 - apabila anda buka pintu bilik ataupun sampai di pintu bilik penemuduga, bagilah salam bagi yang beragama Islam. dan bagi yang beragama lain, ucaplah salam sejahtera ataupun selamat pagi/ tengahari/ petang (bergantung pada keadaan lah yer). dan satu lagi ucapan selamat yang nisya rasa tak perlulah kot korang ucap pada para penemuduga, "Salam Satu Malaysia". hah, yang ni memang tak perlu diucapkan walaupun anda merupakan wira atau wirawati negara dari sebarang kem PLKN sekalipun. huhu. =P

3 - tunggu penemuduga menghulurkan tangan dahulu. kemudian barulah anda menjabat tangannya. jika anda perempuan dan penemuduga lelaki (bagi yang beragama Islam), cukuplah sekadar menundukkan kepala sedikit dan senyum sebagai tanda hormat anda kepadanya. tidak perlu menjabat tangan si penemuduga. =)

3 -  sentiasa tegakkan badan (postur badan aktif), jangan tunduk muka dan hanya duduk apabila anda dipelawa untuk duduk. jangan sesekali tanya, "boleh saya duduk?" atau sebagainya sebab ia akan menunjukkan sikap anda yang biadap. ucapkan terima kasih serta senyum apabila anda dipelawa untuk duduk.

4 - setelah duduk dengan tegak, muka menghadap penemuduga dan selesa, jangan sesekali meletakkan siku atau barangan anda di atas meja (sekiranya duduk berhampiran dengan meja penemuduga). letak sahaja barangan anda seperti beg tangan di atas peha. jika ia menghalang pandangan anda, letakkan barangan itu dengan kemas di atas lantai. duduk dalam keadaan tenang, jaga setiap gerak geri anda dan jangan sesekali menggoyangkan kaki serta menyilangkan kaki di hadapan penemuduga.

5 - maniskan muka anda (tetapi janganlah sampai tersengih macam kerang busuk, nanti orang ingat korang gila pulak. hehuihuu :D). setelah penemuduga memulakan kata barulah anda bersuara. jangan sesekali menunjukkan isyarat kurang senang atau biadap apabila penemuduga mengajukan soalan walaupun anda tidak menyukai soalan tersebut. jika anda merasakan soalan tersebut tidak wajar diajukan, jawab sahaja, Maafkan saya, saya kurang faham bagaimana adanya perkaitan di antara perkara tersebut dengan jawatan yang saya pohon ini. Boleh Encik/Cik/Puan tolong jelaskan? dengan rasa hormat. jika penemuduga masih mengajukan soalan yang tiada kaitan dengan bidang yang anda pinta, anda juga boleh menjawab soalan yang diajukan dengan professional begini, Maafkan saya, saya tidak melihat rasional dan perkaitan di sebalik soalan itu dan jawatan yang saya pohon ini. Saya tidak rasa selesa untuk memberikan jawapan sekarang”. setiap soalan yang ditanya seharusnya dijawab dahulu di dalam hati (tetapi jangan mengambil masa yang terlalu lama). cara ini mampu mengelakkan anda daripada menjawab sesuatu soalan dengan tergopoh - gapah dan gagap.

6 - jawapan yang diberikan pula hendaklah ringkas dan tepat. sentiasa fahami kehendak soalan yang diajukan (jawab soalan yang diajukan sahaja) ditambah dengan contoh kelebihan dan pengalaman anda dalam sesuatu bidang yang berkaitan dengan temuduga yang sedang anda hadapi (sebagai contoh, nisya dalam bidang tesl). jangan sesekali merahsiakan kelebihan anda. seelok - eloknya ceritakan kelebihan anda kepada penemuduga kerana ini akan meningkatkan keyakinan penemuduga tersebut untuk menerima anda. tetapi jangan sesekali menipu yer!

contoh soal jawab yang dapat nisya bagi : (soalan) "ceritakan serba sedikit tentang diri anda"

(jawapan yang baik) "nama saya Darwish. Saya lulusan daripada Infotech Mara Kuala Lumpur dimana sesi pembelajaran disitu menekankan 70% praktikal dan hanya 30% teori. Setelah hampir 3 tahun bekerja di syarikat ABC trading, saya berpeluang bekerja dengan ramai jurutera-jurutera dari Petronas, Sime Darby dan sampai sekarang masih mengekalkan hubungan dengan mereka" (tunjukkan kemahiran anda yang tinggi,kebolehan anda bergaul dengan pekerja atasan dan sebagainya)

(jawapan yang kurang baik) "Nama saya Darwish. Saya berumur 27 tahun. Saya berkelulusan dari Infotech Mara Kuala Lumpur. Saya berasal dari negeri Perlis. Adik beradik... dan sebagainya" (tiada sebarang kebolehan dan kepakaran yang ditonjolkan dalam jawapan yang diberikan, hanya biodata diri. ingat, temuduga bukanlah tempat untuk berkenal - kenalan ataupun untuk masuk program cari menantu yer =P)

7 - sentiasa mengawal fokus mata ke mata untuk melahirkan rasa percaya antara anda dengan penemuduga (kalau malu, fokuskan mata anda di dahi antara kedua - dua mata penemuduga).

8 - Kenal pasti siapa ketua panel penemuduga dan berikan segala jawapan dan sepenuh perhatian terhadap beliau (jangan sesekali berkhayal!)

9 - jangan terlalu banyak bercakap dan jangan terlalu kurang bercakap. pendek kata, berpada - pada apabila bercakap! dan jangan sesekali meninggikan suara, cukuplah sekadar bertindak tegas untuk menunjukkan peribadi anda.

10 - jawab dengan menggunakan bahasa yang digunakan penemuduga. jika beliau menggunakan bahasa malaysia, maka jawablah dengan bahasa malaysia "standard". jangan sesekali campur aduk bahasa.

11 - Ucapkan terima kasih dan jangan lupa akhirkan kata-kata dengan harapan agar anda dapat menjadi sebahagian dari syarikat atau universiti tersebut sekiranya diterima. 

KEPERLUAN SEMASA TEMUDUGA 

1 - pastikan segala keperluan semasa temuduga seperti sijil disusun dengan baik dalam buku sijil serta borang dan dokumen dilengkapi dengan sempurna.

2 - sila JUJUR semasa menjawab soalan. (tetapi janganlah terlalu jujur pula sehinggakan anda mengatakan bahawa anda kurang berminat dengan tawaran yang diberikan dan anda akan ke temuduga yang lain pula selepas ini. hal ini nyata menunjukkan bahawa anda langsung tidak berminat terhadap temuduga tersebut dan juga biadap).

3 - bahasakan diri kamu, "saya" semasa temuduga dan panggil penemuduga dengan panggilan, "Encik/Cik/Puan/Tuan/Doktor/Dato'/Datin" bergantung kepada jawatan yang dipegang.

ENGLISH LANGUAGE  

1 - kebiasaannya tuntutan temuduga pada masa kini memerlukan penggunaan bahasa inggeris walaupun mungkin hanya satu soalan yang diajukan penemuduga berbahasa inggeris. oleh itu, latihan dan keyakinan diri sangat penting. =)
2 - pastikan anda betul - betul memahami kehendak soalan yang diajukan barulah menjawab soalan tersebut dengan tenang, yakin dan tidak gopoh - gapah.
3 - gunakan perkataan - perkataan yang kamu sendiri fahami, simple dan tidak perlu bersusah - payah berfikir untuk mencari perkataan yang boombastik!

4 - jangan terlalu gugup serta "berdebar - debar" untuk menjawab soalan dalam bahasa inggeris kerana kesalahan tatabahasa hanyalah perkara biasa. =)

klik pada gambar ini untuk zoom =)


orait, habis sudah tips - tips nisya untuk korang yang bakal hadapi temuduga ohh interview ini. =) nisya harap korang akan jadikan entry - entry nisya dalam blog ini sebagai rujukan apabila korang hadapi temuduga nanti. thanks sudi luangkan masa di blog yang serba kekurangan ini. till then, bubye (,")


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

temuduga ohh interview part 2 ^_^

seperti yang sudah dijanjikan. jeng jeng jeng~! :D baru j beberapa minit lepaih selesai taip entry temuduga ohh interview part 1. takpela, lagi copat, lagi baguih kannn.. at least nisya menepati janji. hohoho. *perasan* =P

part 2 pulak nisya nak cerita pasal pakaian yang elok buat temuduga. jom layann^^ 

BAGI LELAKI :



BAJU - sangat senang, pakailah pakaian yang sesuai, berkolar dan berlengan panjang. sebaiknya pakailah kemeja. =)

SELUAR - seluar hitam atau kelabu dan warna stokin seeloknya sama dengan warna seluar. =)

KASUT -  pemilihan kasut pula seperti kasut khusus ke pejabat, bertumit sedikit dan berkilat. kasut berwarna hitam adalah pilihan terbaik. =)

WARNA - pemilihan warna boleh rujuk di entry nisya "temuduga ohh interview part 1". cuma kaum lelaki seharusnya mengelakkan warna yang terang seperti hijau walaupun warna tersebut termasuk dalam warna pilihan pakaian temuduga ^__^. warna yang sesuai untuk lelaki ialah warna biru tua atau muda serta warna kelabu.

WANGIAN - bagi lelaki yang minat memakai perfume ataupun minyak wangi, pastikan anda tidak memakainya secara berlebihan yer. pakai sekadar untuk menutup bau badan ;). seeloknya hanya pakai deodorant sudah mencukupi.

TALI LEHER - mestilah diikat kemas. pemakaian tali leher hendaklah tidak melepasi paras pusat, ini kerana sesiapa yang memakai tali leher melebihi pusat dianggap sudah berkahwin. =)

TALI PINGGANG - tali pinggang seeloknya berwarna hitam. kepala tali pinggang bersaiz sederhana sudah memadai (tak perlulah kepala tali pinggang tersebut berbentuk superman atau tengkorak bagai! cukuplah sesuatu yang simple..)

  last, jangan pakai pakaian yang terlampau ketat atau longgar kerana ini mampu mengakibatkan anda disekat dari memasuki sesi temuduga dan mendapat rekod yang tidak baik untuk sesi temuduga seterusnya. pakai pakaian yang kemas dan selesa.

BAGI WANITA :
   

BAJU - baju kurung adalah pilihan paling sesuai untuk temuduga di Malaysia. Pilihlah baju kurung yang tidak terlampau longgar atau ketat, menutup aurat (tidak jarang) dan nampak professional. tak kisahlah anda berbangsa apa sekalipun. yang penting anda orang Malaysia kerana baju kurung itu merupakan baju kebangsaan negara kita. baju korporat seperti gambar di atas juga digalakkan semasa temuduga. pastikan kemas dan selesa apabila menggayakan pakaian tersebut. =)

TUDUNG - bagi wanita yang bertudung, pakailah tudung yang formal. tudung yang dianggap paling formal ialah tudung bawal. jangan sesekali pakai shawl! pemakaian shawl atau selendang adalah dianggap yang paling tidak formal kerana sesetengah kainnya yang agak jarang serta penggayaannya yang nampak tidak berapa kemas. pakailah tudung bawal yang tidak bercorak. jangan pakai yang terlampau banyak corak, berbunga - bunga atau polka dot kerana tudung tersebut nampak tidak professional. tudung sudu / ariani / tudung malas seharusnya dielakkan sama sekali. =)

RAMBUT - bagi wanita yang tidak bertudung, pastikan rambut anda disikat kemas dan tidak menggerbang. seeloknya diikat atau dibuat "bun style". =)

WARNA - boleh rujuk entry nisya yang sebelum ini. =)

CORAK - kalau anda memakai baju kurung, pilihlah yang tidak ada corak atau corak yang tidak terlalu menonjol. simple is better. ^^ kalau corak bunga besar, jangan pilih yang terlampau penuh di kain. pilihlah yang mempunyai corak sedikit/ jarang - jarang sahaja. sebaiknya elakkan corak berbunga besar.

KAIN - peringatan! elakkan kain yang ketat dan jarang oke! maklumlah, sekarang kan fesyen orang pakai kain transparent. oppss~ hihi. sape terasa pedas dia yang makan cili. =P

WANGIAN - seharusnya tidak perlu! Disamping haram dipakai oleh wanita Islam sekiranya dipakai dengan bukan mahram kerana menarik perhatian, perfume akan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang yang nak menemuduga.Tapi, pakailah deodorant, nanti silap-silap tak dapat tawaran sebab badan berbau. huhu. =)

MAKE UP - tak perlu tebal - tebal macam pengantin ape semua tu. ahaii, pakai bedak dan lip balm sahaja sudah memadai. ^__^ atau tak payah pakai terus buat korang yang ada muka yang putih, bersih, suci dan berseri itu. ingat, temuduga adalah untuk dapat kerja, biasiswa ataupun masuk institut pengajian tinggi, bukan untuk masuk program cari menantu.

KASUT - pakailah kasut yang menutup jari - jemari kaki. ketinggian kasut pula sederhana, tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi (tapi pastikan bertumit!). warna hitam adalah yang terbaik. =)


sekian sudaahhh buat temuduga ohh interview part 2. lepas ni ada sambungannya lagi yer. harap korang bersabar.^__^ to be continued......

klik pada gambar ini untuk zoom =)
  



dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

temuduga ohh interview part 1 ^_^

pada petang selasa lepas (lebih kurang pukul 2 petang), nisya dikejutkan dengan panggilan daripada Universiti Industri Selangor(UNISEL) yang minta nisya datang temuduga pada pagi jumaat, iaitu esok hari di Dewan Syed Sirajuddin, Universiti Malaysia Terengganu(UMT). mula - mula nisya jawab tu, memang ahaaiii, terkedu tak tahu nak jawab aper. =P sebab setahu nisya, nisya tak pernah apply nak masuk UNISEL, bukak laman web dia pun tak pernah. (: tiba - tiba je dapat pergi temuduga dalam bidang Teaching English As A Second Language(TESL) yang selama - lama ini memang nisya idamkan. hihuehuuu.. (happy :D) bak kata orang rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. ^^ 

orait, now nisya nak kongsi dengan korang semua cara - cara pemilihan warna untuk ke temuduga. biasalah, zaman sekarang nak masuk Sekolah Berasrama Penuh ataupun Sekolah Berprestasi Tinggi macam sekolah nisya dulu tu pun, kena temuduga tau. apatah lagi nak masuk universiti or nak dapat kerja, lagilah wajib temuduga kann. (: so, ia merupakan satu perkara yang sangat basic. uke, nisya start dengan pemilihan warna dahulu. lepas ni ada sambungan lagi tau sebab berdasarkan tajuk entry yang nisya buat ni kan sudah terang lagi bersuluh yang nisya kasitaw "part 1". jadi, mestilah ada sambungannya lepas ini. (: nisya tak mahu entry nisya jadi panjang sangat, nanti korang boring nak baca kann. nisya tahulah sebab nisya pun pembaca macam korang jugak. huhu ^__^

warna - warna yang patut dipakai semasa temuduga (:

PUTIH - warna yang melambangkan kesucian dan kebersihan. ia juga merupakan warna universal yang mampu dipadankan dengan warna - warna lain (tapi ingat, gabungan warna untuk temuduga haruslah tidak melebihi 3 warna ^__^)

BIRU - melambangkan ketenangan, kuasa, ketaatan dan kepercayaan, warna ini amat digalakkan dalam temuduga. (nisya pun pilih baju kurung moden warna biru untuk temuduga nisya esok ^__^)

COKLAT - melambangkan keseimbangan dan kredibiliti iaitu daya tarikan seseorang. ^__^

BEIGE - warna ini sesuai untuk seseorang yang dipanggil temuduga agak lewat/ di akhir - akhir waktu pejabat kerana warna ini dapat mengurangkan stress dan menenangkan sesiapa yang memandang. ^__^

KELABU - warna yang seimbang dan sofistikated. anda pasti nampak lebih yakin dengan warna ini. ^__^

HIJAU - melambangkan ketenangan alam semula jadi, kekayaan dan kejayaan. warna ini menenangkan mata yang memandang dan penemuduga akan berasa selesa apabila bercakap dengan anda. ^__^


warna - warna yang patut dielakkan semasa temuduga (:


MERAH - melambangkan haba, bahaya, kuasa dan kekuatan. membuatkan orang yang memandang meningkatkan jangkaan terhadap diri dan emosi si pemakai. seharusnya warna merah dielakkan sama sekali!

OREN - pelambangan yang sama dengan warna merah dan menarik perhatian orang terhadap si pemakai.

KUNING - menurut kajian, manusia mudah hilang sabar di bilik yang berwarna kuning. tak percaya? cuba sendiri ^__^. mungkin si pemakai warna ini serta si penemuduga akan mudah hilang kesabarannya.

UNGU dan MERAH JAMBU - terutamanya buat kaum WANITA, anda tidak digalakkan memakai terlalu banyak warna ini kerana melambangkan sifat keperempuanan yang lemah. 


setakat ini sahaja dahulu buat entry "temuduga ohh interview" nisya part 1. to be continued.... =)


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

fruit cocktail ^^

hye y'ooollllsss :D *gedik*. ari ni nisya nak share resipi untuk buat fruit cocktail juice^_^. baru je ptg tadi nisya buat. borim kat umah. tak tahu nak buat hape. 3 orang je yang ada kat rumah tapi mak cakap nisya buat cocktail macam masa hari raya. banyak giler. hihi. ate biorle, simpan dalam peti sejuk. seminggu ley makan. =P 

orait, senang je sebenarnya nak buat cocktail ni taw. senang giler2. tak perlu sebarang oven atau barang2 yang mengeluarkan haba dan api sekalipun. so, budak tadika pun boleh buat punyer.. ;) bahan - bahannye :-

- susu cair 2 tin
-susu pekat manis setengah tin
-mixed fruit cocktail 1 atau 2 tin (depends korang)
-nata de coco 1 bekas (perisa ape2 pun depends korang)
-rambutan dalam tin, 1 atau 2 tin
-laici dalam tin, jugak 1 atau 2 tin

itu sajeeeeee =)

cara - cara nak buat, tersangatlah senang. korang campur je semua bahan - bahan tu dalam bekas yang besar. peringatan, bekas atau mangkuk BESAR uke. kalau kecil tak muat la nak sumbat semua bahan - bahan tu. huhu. kacau2 sehingga buah - buahan tersebut bergaul rapat dengan buah - buah lain dalam mangkuk tu. :D

seperti ini (:

ops~ lupa nak kasitahu tadi, nisya bagi bahan - bahan untuk buat cocktail tu khusus untuk bilangan yang ramai tau. kalau nak buat untuk bilangan yang sedikit, pandai - pandailah korang bajet sendiri. macam guna 1 tin je ke semua bahan tu. depends korang (: dan kalau nak buat untuk bilangan yang sedikit tu tak payahlah guna bekas atau mangkuk yang besar sangat. yang sederhana pun dah muat. ^__^ senang kan? huhu. kalau dah pakar tu ajarla adik - adik yang umur 5 tahun ke atas pulak. at least diorang dah pandai buat makanan sendiri kalau lapar kann. hihi *mengarot je nisya neh* =P

for the result, jeng3~ 



inilah keputusannye =) nampak lazat kan? memang best. kalau nak best lagi, biar cocktail sejuk dahulu dalam peti sejuk atau guna je kiub ais. then nikmatilah ia seadanya. (: rugi kalau sape2 tak pernah cuba taw. oh, lupa, warna last *air* dia tu depends kat buah ape korang pakai. kalau buat laici maybe warna putih susu. macam2 warna ada. so, jangan risau kalau lepas korang buat tu, air dia tak jadi warna oren macam dalam gambar yang nisya tunjuk ni.^^ sebab warna air tersebut atas pilihan kita sendiri.

simple dan padat. selesai sudah entry nisya malam ini. nisya harap sape - sape yang tak pernah cuba atau buat cocktail, bolehlah berpandu pada resipi yang nisya bagi ni yer. sangat senang dan sangat lazat! konpem nisya cakap. huhu. kla korang, thanks sudi luangkan masa di blog nisya ini. (: till then, bubye (,")


mood : bahagia sangat incik ayie tersayang sudi maafkan nisya. :D


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

sangat bersalah... ='(


 "Ya-Allah, teruknya hamba-MU ini. tergamak aku membiarkan diri ini melukai seseorang yang menyanyangiku ya-Allah. Astaghfirullahalazim, ampunkanlah dosa hamba-Mu ini ya-Allah. Lindungilah hamba-Mu ini daripada sebarang gangguan syaitan yang direjam. Lindungilah aku ya-Allah agar aku tidak terlalu mengikut kata hatiku yang dihasut iblis. Lembutkanlah hati dia supaya dapat memaafkan kesalahan ku ini ya-Allah. Hanya kepada-Mu aku berserah Tuhan yang Mengasihani. Kabulkanlah doa hamba-Mu ini. Amin Ya Rabbal Alamin."

mood : reeaaaalllyyy sad ='(

kla, good night. bubye (,")


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

Peminat Dato' Siti Nurhaliza (hihuehuu^^)

hye buat pembaca - pembaca blog nisya. korang sehaddd?? (sambil buat muka seposen..hihi) cehh, tak pernah - pernah pulak kan nisya tanya korang sihat ke tak. tiba- tiba rasa macam nak tukar angin pulak ari ni. yerla, takkanlah nisya saja kan yang bagitahu kat korang nisya sihat or sakit. kadang - kadang kita perlu ambil tahu jugak pasal orang lain. betol tak? ^__^

orait, malam ni nisya nak post entry yang simple sahaja tapi yang penting nisya boleh sampaikan isi yang ada dalam entry ni dekat korang. mesti korang dah tahu kan nisya nak cerita pasal apa malam ni. mestila pasal Dato' Siti =)




sebenarnya kann, awal - awal nisya tak tahu pun yang nisya ni merupakan "peminat setia" dato' siti. nisya ingatkan nisya cuma minat suara dia yang sangat merdu tu sahaja. sehinggalah ada seseorang (incik ayie.. hihi =P) perasan yang nisya (kalau ada) terdengar mana - mana lagu dato' siti yang keluar dekat tv ataupun radio, nisya akan pastikan bila - bila masa nisya free, lagu tersebut pasti akan didownload ke dalam baby nisya (pendrive laa). huhu. thanks to him! <3 akhirnya nisya menyedari sesuatu yang nisya tak pernah sedar. muahaha :D

tanpa melengahkan sebarang masa lagi ya encik2 dan cik2 sekalian (cewahhh, macam ramai pulak yang sudi baca entry nisya nihh. hihi =P). jom kita layan gambar2 dato' siti dari muda2 dahulu sampai sekarang nak? enjoy.. (: oh, dan untuk pengetahuan korang, gambar2 ni semua nisya dapatkan dari pencarian google. so, jangan memandai cakap nisya stalk dato' siti pulak yer. ^__^ jom layann~


tyme ni dato' siti tak popular lagi. (: masih di bangku persekolahan. sooo cute kan? ^^

ini pulak masa dato' siti baru memulakan karier nyanyiannya. masih muda remaja ^^

semakin dewasa (:

cantik tak dato' siti bertudung? manis je kan.. (:

akhirnya, tercipta produk kecantikan sendiri (:

orait, cukup la setakat tu sahaja. ^_^ kalau korang nak tengok gambar2 dato' siti nurhaliza yang lain, korang bolehla serve dekat google images. hihi. best kan akhirnya dapat buat produk kecantikan sendiri. nisya harap nanti dewasa nisya mampu guna semua produk kecantikan dato' siti. kesannya sangat cun taw! cantik sangat (: tapi lepas tu, maybe dalam lingkungan 40 tahun ke atas. if suami nisya (insya-Allah suatu hari nanti) izinkan nisya sambung belajar dalam umur 30 lebih, nisya ingat nisya pun nak cipta produk kebersihan dan kecantikan sendiri. mestila guna jenama "Schewlala" kan. huhu. nisya harap korang doakan kejayaan nisya yer. =)

thanks buat korang yang sudi meluangkan masa di blog nisya yang serba kekurangan ini. kalau ada sebarang maklum balas, silalah komen di bawah entry ini. komen daripada korang sangat membantu! (; ok, till then, good night, bye bye (,")


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

Story To Be Told

well, satu lagi post buat hari ni. ^__^ sebenarnye tak ada apa pun yang nisya nak kasitaw malam ni tapi nisya nak korang baca satu kisah ni je. renung - renungkan dan selamat beramah. cehhh. hihi.


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.



p/s : hargailah orang yang kita sayang. jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka kerana orang yang kita suka itu akan meninggalkan kita untuk orang yang dia sayang :')

till then, good night, bubye~! (,")



dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

Teman Sejati =)

hye para pembaca sekalian.. ^__^ baru je 2 3 jam lepas nisya update post lam blog ni kan. tapi sekarang dah ada post baru pulak. hehuihu~ saja - saja nak post. boring lah duk kat umah ni. tak ada apa yang boleh dilakukan. nak belajar driving pun kelas amali lambat lagi. bulan 5 baru start. orang ramai la katakan. tak tahu la sempat ke tak nak amik lesen P terus t sebab nanti dah kena sambung study kan. tapi tak tahu la kat mana - mana. hopefully, nisya dapat masuk U. amin =)

nak tanya sikit, korang pelik tak dengan tajuk entry nisya buat masa ni kat atas tu? huhu. tak kan? hurm, buat pengetahuan korang yang sentiasa sudi baca blog nisya ni mesti dah tahu kan yang nisya mempunyai satu kisah silam yang sangat memeritkan. tapi tak apa, hidup perlu diteruskan. dan alhamdulillah Allah dah kurangkan sikit ego nisya dekat kaum adam ni masa kat kem PLKN dulu. =) tambah - tambah lagi bila nisya dapat tahu yang "ex" nisya yang nisya sayang sangat sangat sangat dulu tu dah ada yang baru. so, buat apa lagi nisya nak sedih - sedih kann. life goes on right? ^__^ oh, lupa pulak, bagi saper - saper yang baru start nak baca blog nisya ni, mesti korang tak tahu apa - apa pasal kisah silam nisya yang dulu. tapi korang tak payahla nak tengok entry - entry nisya yang dulu - dulu yer sebab nisya dah delete dah semua yang berkaitan dengan "ex" nisya tu. biarlah ia menjadi kenangan buat nisya sorang je. cewwaahh, gitu pulakk yer. hihi.

orait, nisya saja je letak tajuk camtu sebab nisya nak kasitau korang yang nisya dah jumpa dengan orang yang mampu buat nisya happy balik. walaupun susah kan nak lupa kisah lalu nisya tu, tapi nisya akan tetap cuba. manalah tahu kalau - kalau ada hikmah di sebaliknya. (: hurm, biarlah nisya kenalkan "dia" dengan nama shahril ataupun ayie je. nak cakap nama panjang nanti - nantilah ye. sebab nisya pun tak pasti kalau perkenalan nisya dengan si dia ini akan berkekalan atau tidak. semua itu atas takdir yang Maha Kuasa. ^__^




inilah dia orangnye. hensem atau tidak? semua itu atas pandangan korang. huhu. yang penting dia boleh memahami, jujur dan bertanggungjawab atas diri nisya. (: nisya kenal dengan dia pun melalui kem plkn ari tu jugak. kami bukan sama company tapi kami sama kelas. dan nisya dengan ayie pun sentiasa dapat duduk dalam group yang sama. dia sangat pendiam orangnye. mula - mula nisya memang x jangka langsung yang dia ada menyimpan sedikit minat "kot" (dia yang cakap) kat nisya. hihi. sebab nisya tengok dia tak layan perempuan. dalam kelas pun baik je orangnyer. tapi masa dia start hantar mesej perkenalan dekat nisya memang nisya terkejut giler la wa cakap lu. sebab dia bahasakan diri "aku" "kau". aduyai, sangat kasar kan? huhu. tapi last2 dia pakai "saya" "awak" jugak sebab dia cakap dia tak pernah kawan rapat dengan mana - mana perempuan. dulu pun kat sekolah teknik dia tu, dalam kelas dia semuanya lelaki. hurm, well, bagoslah. at least dia bukanlah seorang player. =P



so, apa pendapat korang? huhu. tapi nisya memang tak berani nak bagi harapan yang besar buat lelaki. sebab nisya takut jugak kalau tiba - tiba peristiwa lalu terjadi kembali. =) jadi nisya akan berhati - hati. ukela korang, time to stop. nak cerita lebih - lebih pun tak boleh sebab blog bukanlah diari peribadi. hihi. "kalau" korang nak tahu lebih - lebih sudi - sudikanlah tegur nisya dekat fb yer? jangan malu - malu jangan segan - segan kalau sekadar nak berkawan. ^__^ 

this is not him. =)

jangan salah faham yer. nisya tak pernah tangkap gambar bersama - sama ayie. huhu. ini kawan nisya. chinese.=) nama dia ong. (sangat bertuah). just love to see his face. cute kan? haha :D kla, bubye ! (,")


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

PLKN da tamat "17 Mac 2012"


hye (,") dah lame kan nisya tak spend time kat blog ni. opps~ nisya? huihui~ xpela kadang-kadang kita perlu jadi lebih matang. so, nisya rasa dah tiba masanya untuk menukar cara panggilan diri sendiri dalam blog ini disebabkan semakin ramai pembaca - pembaca blog tidak suka panggilan "aq" yang sering nisya guna dahulu. cara penulisan pun nisya rasa kena ubah jugak kan. no more cakap kasar - kasar. al-maklumlah, nisya masih muda remaja dan juga tak matang pada masa lalu. hihi. panjang la pulak muqadimah post kali ni yer? =P tak apa la, saja - saja nak taip panjang - panjang sikit sebab kenyataannya nisya RINDU sangat kat korang taw! rindu nak share semua masalah dan pengalaman pahit manis yang nisya ada. =') tapi kita pun kena paham jugak, blog bukanlah diari peribadi kann. ^^

orait, semua dah tahu kan yang nisya baru kuar dari PLKN atau Program Latihan Khidmat Negara? =) tak tahu yer? urm, bagi yang tak tahu tak pe, dimaafkan. =P meh sini nak kasitaw, saya Siti Nurkhairunnisa Binti Ismail merupakan salah seorang wirawati di PLKN kumpulan 1 siri 9 tahun 2012 yang lepas dekat Kem Merang Suria Holiday, Setiu, Terengganu. =) so, sape - sape yang merupakan bekas (bukan tupperware ye, hihi) wira or wirawati dari sana atau dari mana - mana kem yang baca blog nisya ni sudi - sudikanlah follow blog nisya ni yer? kuikuikui~ lebih - lebih la pulak nisya mintak =P 

uke, baru siap sesi pendahuluan tadi. hee~ nak cerita perasaan la pulak. mula - mula kan masa nisya dapat tawaran pegii PLKN ni, sedih sangat wa cakap lu. sampai menangis tak mahu pergi. hihi. tapi bila dah nak habis program tu, mulalah rasa sayang nak berpisah dengan kawan - kawan (; ye la, kitorang semua dah macam adik - beradik kan. buat semua benda sama - sama. tak boleh berpisah. pergi kat mana - mana pun mesi bersama - sama sebab peraturan kat sana wajib berkawad kalau nak pergi mana - mana. biasa lah tu kan kem ala tentera.

lupa pulak nak kasitaw, nisya dari company Charlie^^. Selamanya company charlie. walaupun banyak masalah tapi nisya tetap sayang company ni. huhu. ukela sayang sayang sekalian, masa untuk layan gambar - gambar nisya dan kawan - kawan kat kem pulak. jum! jangan lupa tinggalkan komen kat bawah post ni tau. :D

wirawati nisya. kehkehkeh :D

opps~ kami bukan "les" tau. 


KAWAN sampai mati ^^

I-5 members (kami satu Malaysia)

sayang korang

my partner, eira pieces(fb) =)

birthday party ^^

with bufday girl =)

rindu nak terjun kolah. hihi. =P

uke! dah abes. huhu. narnye banyak lagi tapi takkanla nisya nak upload semua kan? (: so, kalau korang berminat nak explore lagi gambar - gambar lain, korang boleh add facebook nisya, http://www.facebook.com/cik.nisya.schewlala, kalau nak kenal dengan lebih rapat pun boleh saja. ngehngehngeh~ *gatal la pulekk* so, ini saja entry nisya buat masa kini. thanks a lot kepada sape2 yang sudi baca blog nisya ni yer. nisya sayang pembaca blog nisya ini. emmwahh! =* adios amigos, bubye~! (,")

kawan bukan musuh. hihi. 


peace-no-war^__^



dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

tinggalkan alamat di sini untuk sesi lawatan "Schewlala" :)

Copyright Protected© All Rights Reserved by Cik Nisya's Official Blog