Tinggalkan jejak di Shoutbox yea.. Thanks(^-^)

" Let me solve your question about 0.5% of myself"

My photo
Malaysia
"Well, I'm extremely known as Nisya Ismail born on 7th June 1994 live for twenty years old who always won't care what is on your mind and hate to know something that is out of my business. Just a simple girl who loves to sing as it is half of my life. I'm a very sensitive but an EGOis girl as I'm the youngest daughter and also children in my beloved family. I was one of God's creations born to be a fashion lover also adored with all my pretty cute things and surprising, by seeing their pictures' spontaneously will make me crazy screaming on that time. Only ALLAH knows me better, definitely you have no right to judge for who I am or what should I do. I care much about the things I love, it could be anyone or anything: as the illation; it's everything. Be grateful with what ALLAH had grace to you in this transient world and yes, it is lasting for a short time only. I have a strong dislike for a person such as fakers, cheaters, etc. 'Fakers' are trying their hardest to be someone else and I know some of them is the one of you here, especially fakers who always steal the others' style. Hey darling, can you please use your brain and find for your own idea or identity, wannabe's."

BEDAK POWDER/TALKUM CAUSES CANCER??!



Eh betul ke? Haaa sudah, bedak powder memang selalu jadi pilihan Nisya sebab lagi nyaman bila pakai. >.<"

Well, based from research yang dibuat dalam google sebentar tadi, nisya jumpa ni: Fakta twitterMitos atau fakta dan Maklumat bedak talkum.

Pemakaian bedak talc secara rutin setelah mandi dpt meningkatkan risiko tumor ovarium hingga sebesar 24%. [Jurnal Cancer Prevention Research]

SOOOO SCARY >.<"

Maklumat tambahan? Boleh tekan perkataan "Fakta twitter" atau "Mitos atau fakta" ataupun "Maklumat bedak talkum" yang berwarna kat atas tadi (perenggan based from research). 

TIll then, assalamualaikum..

p/s: hati masih berdebar-debar dengan kenyataan tersebut. Ergghhhh~


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

Petua Kecantikan 3 (telur) ~Petua Dato' Siti~

Hye!

Tetibe rasa hepi pulak harini. Maybe sebab ada "org tu" share gambar dia ngan niece dia kot. Haha, first impression masa tengok? Gelak terguling-guling :P

Dia: "Kenapa 'awk' gelak?"

Nisya: "Sebab 'sy' rasa hepi bila tengok gambar ni, 'sy' gelaklah". (Sambil terus gelak-gelak, honestly gambar tu tak lawak, tp lawak. Errr, tak tahu nak describe acaner. Hewhew)

Ok, straight to the point, maaf buat korang sebab terpaksa baca dulu benda yang langsung tak ada isi dalam topik perbincangan kita hari ni. *ececeehh*

Telur! Hurmmm, selain sedap dimakan, menyihatkan tubuh badan dan memberi tenaga, telur juga mempunyai sumber protein dan omega yang tinggi ye tuan puan. Oleh itu, telur SANGAT berkesan untuk melicinkan kulit, merawat kulit dari merah-merah(untuk sesiapa yang mempunyai kulit sensitif) dan mengelakkan kulit daripada serangan hendap puak-puak jerawat! Bukan hanya pada kulit, tapi kalau kita batuk-batuk(ada luka kat saluran tekak), makan 1 biji telur mentah/separuh masak boleh mempercepatkan penyembuhan luka tersebut. 100% guaranteed.. Eh tak percaya? Cubalah ;)

Bahan yang diperlukan untuk mencantikkan kulit dengan telur:-

-Sediakan 1 biji sahaja telur (lagi baik kalau telur organik)
-2 mangkuk kecil
-Sudu dan garfu kecil
-Air suam untuk bilas muka
-Air sejuk/Air basuhan beras
-Ais saiz biasa* (takde pun takpe)

Cara-caranya:-

1) Pecahkan telur dengan berhati-hati.

2) Asingkan putih dan kuning telur dalam 2 mangkuk kecil tadi (the most difficult thing for me). Jangan biarkan walaupun setitik kuning telur ade dalam mangkuk putih telur (macam nak buat meringue untuk kek :P).

3) Ambil sudu dan kacau putih telur sepantas mungkin sehingga mengeluarkan buih-buih.

4) Bila dah keluar buih, that means putih telur sudah siap untuk dibuat mask!

5) Ambil bahagian yang berbuih tu dengan sudu, sapukan pada sekitar muka dan leher. Hati-hati jangan sampai terkena sekitar mata termasuk kening dan rambut.

6) Ulang step 5 sampai semua dah rata disapu, tebal mana sukahati^_^.

7) Tunggu sampai mask tersebut betul-betul kering dan mengeras (memang rasa muka ketat tak boleh nak senyum masa mask tu dah kering).

8) Bilas muka dengan air suam sebersih-bersihnya. Lap muka.

9) Amek garfu kecil, cucuk sikit kuning telur sampai keluar kuning cair telur tu (kalau kuning telur korang tak pecah lagi la. Kalau dah pecah, tak perlulah nak cucuk)

10) Ambil yang kuning tu, sapukan merata pada muka sebagai moisturizer (amat berkesan).

11) Tunggu sampai kuning telur kering dan mengeras.

12) Bilas dengan air sejuk/air basuhan beras sebersih-bersihnya. Jangan lupa sapukan ais di sekitar wajah selepas itu agar pori-pori menjadi lebih halus(tak buat pun takpe) ;)


Tadaaa!
In the next few minutes, trust me, kulit korang akan rasa lebih halus, licin dan lembut giteww.

Boleh lakukan mask putih telur dan pelembab kuning telur ni sekali seminggu ataupun dua kali seminggu, tapi jangan kerap sangat. And tak lupa juga pasal lebihan telur tu, korang boleh tambah lagi telur dan buat telur dadar ke hape. ATAUpun bagi yang memelihara kucing macam Nisya, Nisya bagi je kat kucing yang mentah-mentah tu, memang licin dijilatnye. Al-maklumlah nak sedapkan suara kannnnn :D

Oh, and tak lupa nak share dgn korang, Dato' Siti Nurhaliza pun amalkan petua ini howkehhhh. Memang sangat-sangat berkesan! Tak percaya, tengoklah ini ;)

As usual, pausekan la dulu lagu blog nisya ni ye. Baru suara tak bertindan/bertindih. Enjoy~

Till then, wait for my next petua kecantikan 4 okehhh. Buh-bye(,")


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

Petua Kecantikan 2 (tomato)

Selamat pagi semua! (sambil buat gaya macam bebudak kelas upin ipin :P)

Alright, the second tips is about tomatoes.. Tak perlu banyak-banyak, satu pun dah cukup. Satu tomato berapa sen lah sangat dibandingkan dengan barang kosmetik kat kedai tu kan. Hee~ ini sekadar perkongsian, tak bermakna Nisya nak suruh korang stop teruskan pemakaian alatan-alatan kecantikan yang korang sedang guna tu. Teruskan pemakaian, sambil-sambil tu amalkanlah petua ini. Insya-Allah kulit akan jadi lebih sihat. ;)

Bahan-bahan:
-Tomato sebijik 
-Pisau kecil
-Papan pemotong
-Gula halus (tak halus sangat pun takpe, tp kalau gula kasar, merah-merah jadi muka tu nanti)
-Air sejuk untuk bilas muka/Air basuhan beras


Okay, sekarang kita akan buat skrub tomato. Kebaikannya (haa catat ye semua), tomato ni mengandungi unsur Lycopene, yang bertindak sebagai agen anti-oksidan. 

Apa itu anti-oksidan? 
Anti-oksidan adalah kelompok vitamin, mineral, enzim dan rempah-rempah yang banyak membantu dalam melindungi tubuh daripada radikal bebas/oksidan. 

Apa itu radikal bebas/oksidan?
Radikal bebas ataupun dikenali sebagai oksidan adalah molekul-molekul yang sangat reaktif di dalam tubuh yang dapat merosakkan molekul penting di dalam sel, termasuklah DNA. Jika di kulit, oksidan adalah salah satu penyebab utama kepada penuaan(kulit berkedut) dan kanser. (take note!)

So, terserah kepada korang samaada nak amalkan petua skrub tomato ni dalam dua kali seminggu ataupun teruskan penggunaan bahan kosmetik yang mempunyai anti-oksidan. Dua-dua ada kebaikannya insya-Allah.

Now, cara buat skrub tomato. First, Amek pisau and papan pemotong tu, letak tomato, lepas tu belah permukaan atas tomato tu, yang mempunyai daun, kebiasaannya kita buang, but no no no, jangan buang! Bahagian itulah yang akan dijadikan skrub nanti. Lepas tu celup dengan gula, gula tu pastikan dah diletak dalam piring dulu ye, jangan gula yang banyak-banyak simpan untuk buat air korang celup je dalam tu, lain rasa air korang nanti. Hihi :P

Lepas tu, sapu je la kat muka. Tonyoh-tonyoh sikit biar daki-daki tersumbat kat muka tu boleh keluar. Tapiiii, pastikan sebelum korang tonyoh tu muka korang dah dicuci terlebih dahulu ye. Lepas tu lap biar kering, then baru tonyoh tomato tu. Tonyoh tu jangan kuat sangat, Nisya guna istilah tonyoh sebab nak suruh korang tekan-tekan sikit, tapi sometimes ada orang tersilap faham, tonyoh tu macam tonyoh kat kepala orang tu (eisyh, jangan buat kat adik camtu, kesian dia).

Tinggalkan 2 3 minit, then bilas muka korang dengan air sejuk ataupun air basuhan beras. Kalau nak kecilkan lagi pori-pori wajah, amek satu ais saiz biasa (yang bulat ataupun petak tu) lepastu usap kat seluruh kawasan muka sampai ais tu fully cair. Mata jangan dilupa, gerenti lepastu muka korang akan rasa lagi segar dan berseri^_^.

Tak faham lagi? Alamak, nisya tak sediakan gambar la pulak ye. Hee~ sorry. Boleh tengok ni (tapi sebelum tu, pausekan dulu ♪♥Lagu Jiwang Belog♥♪ nisya ni ye, ade kat tepi-tepi nih):-


Itu Michelle Phan from youtube. Dengan lihat video atas tu korang akan lebih faham. Beliau jugak banyak amalkan homemade kosmetik, so kalau korang berminat, bolehla tengok video-video beliau yang lain. But terus keep in touch with my blog ok. :D

Selain itu, bahagian tomato yang lain boleh dibelah dan diletakkan atas mata selama 15-20 minit atau selama mana korang nak. Hasilnya, mata akan lebih segar dan berseri! Kelas gitewww~

Next entry is about egg! Nak tahu apa? Teruskanlah melawati blog nisya. Thanks you'olls ;)


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

Petua Kecantikan 1 (beras)

Untuk warm up entry setelah blog ini ditinggal sekian lama, Nisya nak share petua yang Nisya selalu buat untuk jaga kulit wajah dan kulit badan agar sentiasa segar, gebu, licin dan sangat jarang di"hinggapi" jerawat ;)

Tak perlu kos mahal-mahal nak beli kosmetik ni, kosmetik tu. Kat rumah tu ade dapur kan? Ade beras? Ade tomato? Ade telur? Ade timun? Ade Tea? Ade peti sejuk? So, selesai. No need to dedahkan kulit wajah anda pada bahan kimia yang mungkin baik pada masa kini, tapi boleh memudaratkan pada masa hadapan. Enjoy^_^ 

Kalau sudi, amalkanlah selalu agar kita sama-sama dapat manfaatnya.. Insya-ALLAH. (Tak rugi berkongsi ilmu, andai ada salah silap, tegurlah nisya di ruangan komen. Terima kasih)

Alright, for this entry, nisya akan share tentang kebaikan beras dalam kecantikan kulit tak kiralah kulit wajah atau badan, dua-dua ada kebaikannya, dengan izin Allah. First, kita tengok bahan-bahan dulu okay.

Bahan-bahan yang diperlukan:- 
1) Beras (alang-alang nak masak tu, pakaila seberapa banyak yang diperlukan ye). Lagi elok kalau beras tu organik. Tak organik pun takpe, beras yang nisya selalu guna pun tak organik. ;) 
2) Air untuk basuh beras 
3)Mangkuk besar atau bekas besar (suka hatilah untuk letak air basuhan beras)

Nisya rasa, dengan bahan-bahan kat atas tu, mungkin ramai yang dah tahu apa petua yang nisya guna ni kan? Yang tak tahu takpe, nisya akan share step by step sampai korang faham. No worries beybehh.

Alright, dengan bahan-bahan kat atas tu, you'olls kenala basuh beras yang you'olls nak masak tu. Biasanya kita akan basuh sebanyak tiga atau empat kali kan. Air basuhan beras yang pertama itu boleh dibuang atau disimpan untuk menjirus pokok (insya-ALLAH pokok tu akan subur) atau membersihkan sink agar lebih bersinar-sinar giteww, jangan simpan buat basuh muka pulak. Kalau beras tu yang organik*(noted!) bolehlah disimpan air basuhan beras yang pertama itu untuk membilas muka ataupun dijadikan toner. Sebabnye? Beras organik tiada bahan kimia ye tuan-tuan puan-puan. Kalau beras yang biasa jual kat pasaraya tu, mostly ade bahan kimia. So, basuhan beras yang pertama tu akan menghilangkan bahan-bahan kimia yang melekat kat beras tu dulu, sebab tu air basuhan beras yang pertama kebiasaannya pekat.

Air basuhan beras yang kedua pulak optional, maknanya, boleh disimpan untuk basuh muka ataupun dibuat jirus pokok jugak sebab kualiti beras pun effect air basuhan tu. Kalau anda tengok air basuhan beras yang kedua tu still pekat macam air basuhan beras yang pertama, Nisya syorkan anda buat jirus pokok je la air tu. Kemungkinan air basuhan beras yang pekat tersebut masih ade bahan kimia. Kalau kepekatannya sudah berkurang, so anda bolehlah simpan air basuhan beras yang kedua tu ye. 

Yang ketiga dan keempat pulak memang confirm boleh disimpan. Kalau pekat jugak tak tahulah den beras yang kome semua beli ni beras jenama kimia ke? :P

Alright, if air basuhan beras yang disimpan dalam bekas tu banyak, bolehlah dibuat bilas untuk kulit wajah dan mana-mana kulit badan yang gelap macam ketiak atau celah peha. Sebabnya air basuhan beras ni khasiatnya adalah untuk memutihkan, meng"samarata"kan tona dan menggebukan kulit. Amalkan selalu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, insya-Allah anda akan lihat hasilnya. Jangan lupa berselawat dulu masa nak tonyoh2 air tu kat kulit. Opps, bukan tonyoh kuat2 tu, tonyoh sikit2 dahler. Nanti terkoyak pulak kulit. Hihi, *tetibee*.

TAPI! jangan pulak korang ni sengaja nak jadikan air tu banyak, korang simpan berhari - hari, alamatnya basi la air tu nanti. Tak percaya? Cubalah. Hidu bau air basuhan beras yang telah ditinggalkan selama 24 jam. Mesti bau basi punya, (nisya pernah buat :P).

Okay, tu kebaikan air basuhan beras. Selain tu, beras ni pun boleh dibuat skrub. Cara-caranya:-

1)Sediakan kuali dan sudip. 
2)Lesung Batu atau penumbuk yang tumbuk-tumbuk bawang, kunyit, halia tu. Nisya panggil lesung batu. 
3)Sedikit beras (sikit je tau, dalam separuh cawan kecil yang buat minum tea atau kopi tu je).

Okeh, first of all, basuh beras tu macam biasa, then goreng beras tu dalam kuali sampai warnanya bertukar keperang-perangan atau macam hangit sikit. Tapi bukan hitam! Jangan letak minyak pulak. Berminyak nanti skrub tu. Hewhew. Lepastu tumbuk beras yang telah digoreng tadi sampai halus sehalus-halusnya (part ni memerlukan kesabaran sikit ye). Then simpanlah beras yang dah ditumbuk tadi dalam mana-mana bekas tertutup. Simpanlah dalam setahun pun takpe. Takde expired date ;)

Cara guna, masa korang nak cuci muka dengan apa-apa pencuci muka korang tu (Nisya pakai safi balqis je). Tiga kali seminggu korang ameklah secubit beras yang telah ditumbuk halus tadi then campurkan bersama pencuci muka yang korang picit atas tangan, campur air sikit, pastu cuci la macam biasa. Insya-Allah segala kotoran-kotoran tersumbat akan hilang ;)

Okay, memandangkan Nisya dah mengantuk(mata dah berair, mulut dah ternganga luas menguap banyak kali :P), setakat ini sahajalah entry Nisya malam ni tentang petua kecantikan menggunakan beras. Dalam entry akan datang Nisya akan kongsikan petua yang lain pula ye. Doakan impian Nisya untuk buka spa kecantikan tanpa bahan kimia pada suatu hari nanti tercapai. Amin.. Thank you for viewing this! Good Night. Assalamualaikum ;)

Jangan lupa amalkan minum air mineral 2 liter sehari dan tidur yang mencukupi. Byebye(,")


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

tinggalkan alamat di sini untuk sesi lawatan "Schewlala" :)

Copyright Protected© All Rights Reserved by Cik Nisya's Official Blog