Assalamualaikum dan salam sejahtera ! (:
Mulut mUlut muLut mulUt muluT..?? hehe,, pelik kew korang baca tajuk tu..?? well, well,, well,,, untuk entry aq yang sebelum nem,, aq berceloteh tentang mata kan kann..?? for today,, aq nak ungkap misteri2 nusantara yang terdapat pada mulut a.k.a bibir korang ulak.. hehex.. and as usual,, entry ini untuk bibir WANITA sahaja.. so,, paham2 la yew..? tapi,, lelaki still boley membacanya jika korang nak tahu rahsia bibir mak korang kew,, kekasih korang kew,, mak mentua korang kew,, anak sedara korang kew.. t0ink2~! erm..? korang pelik ea nan perangai aq sejak dua menjak nem..? asyik nak menilik jew kijenyew.. papew un yang korang pk,, bukan jadi masalah aq.. sebab aq un tataw naper aq jadi sengal nak menilik nilik owg camni.. hohoho ;D and as usual,, korang x perlu la percaya sangat nan entry tilikan aq ini.. sebab sumenyew hanya untuk tambahkan pengetahuan kekita sesama sendiri and untuk menambah2 entry dalam blog aq jew agar korang x bosan2 untuk singgah kat blog aq nem lagi.. cewwwaahh.. huhu..
uke,, as usual.. lepas pendahuluan aq di atas itu selesai.. maka kita pegi direct la ea..? straight to the point... weeeeeeee~ ;D well, well,, wess,,, bibir wanita memang penuh daya tarikan.. (: namun di sebalik keindahan yang dipaparkan,, terdapat pelbagai misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.. di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui... enj0y !^___^
~Bibir Segar Dan Kemerahan~
Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.
~Bibir yang biru atau pucat~
Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah menjadi seseorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.
~Bibir yang tipis~
Tipis bukan beerti nipis yew! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.
~Bibir yang mungil~
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya. Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.
~Bibir yang tebal~
Wanita berbibir tebal dikatakan mempunyai nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang , kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control! ngeh2~ =P
~Bibir sentiasa terbuka~
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.
koleksi bibir2ku.. nyihahahakk ;D
fokus pada bibir,, jangan pada idung yew..?? ngeeee~
that's all ! :D so,, agak agak korang la kann.. bibir aq tergolong lam golongan manew yer..? (sila tinggalkan jawapan anda di dalam ruangan comments di bawah,, t0cey2..)
kla,, udah nant0k meyh.. laen kali aq citew sal benda laen ulak keyh..? (: haaa ! bawu ingat.. tadi maser aq ngah unlyne2 kat fb,, adew la sorang hamba Allah nem bertanya kepadaku akan ciri ciri lelaki yang aq minati.. nyihahaha ;D so,, coming up next ! "ciri ciri lelaki yang cik nisya minat" ngeh2~ korang nak tahu kew..?? hoho.. sab0r la ea..? insya-Allah 2 hari lagi,, entry tu siap and aq akan postkan untuk pembacaan korang.. wakaka,, macamla aq nem perempuan melayu terakhir.. hihix.. ukela,, thanx for reading guys and girls.. ^___^ cayamm korang sgt100x ! hoho.. k,, tatatititututoto(,")
emwahx~! ;D
sweet dream(,") take care^__~
0 luahan hati si KACAK dan JELITA ^-^:
Post a Comment