Tinggalkan jejak di Shoutbox yea.. Thanks(^-^)

" Let me solve your question about 0.5% of myself"

My photo
Malaysia
"Well, I'm extremely known as Nisya Ismail born on 7th June 1994 live for twenty years old who always won't care what is on your mind and hate to know something that is out of my business. Just a simple girl who loves to sing as it is half of my life. I'm a very sensitive but an EGOis girl as I'm the youngest daughter and also children in my beloved family. I was one of God's creations born to be a fashion lover also adored with all my pretty cute things and surprising, by seeing their pictures' spontaneously will make me crazy screaming on that time. Only ALLAH knows me better, definitely you have no right to judge for who I am or what should I do. I care much about the things I love, it could be anyone or anything: as the illation; it's everything. Be grateful with what ALLAH had grace to you in this transient world and yes, it is lasting for a short time only. I have a strong dislike for a person such as fakers, cheaters, etc. 'Fakers' are trying their hardest to be someone else and I know some of them is the one of you here, especially fakers who always steal the others' style. Hey darling, can you please use your brain and find for your own idea or identity, wannabe's."

Story To Be Told

well, satu lagi post buat hari ni. ^__^ sebenarnye tak ada apa pun yang nisya nak kasitaw malam ni tapi nisya nak korang baca satu kisah ni je. renung - renungkan dan selamat beramah. cehhh. hihi.


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.



p/s : hargailah orang yang kita sayang. jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka kerana orang yang kita suka itu akan meninggalkan kita untuk orang yang dia sayang :')

till then, good night, bubye~! (,")



dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

Teman Sejati =)

hye para pembaca sekalian.. ^__^ baru je 2 3 jam lepas nisya update post lam blog ni kan. tapi sekarang dah ada post baru pulak. hehuihu~ saja - saja nak post. boring lah duk kat umah ni. tak ada apa yang boleh dilakukan. nak belajar driving pun kelas amali lambat lagi. bulan 5 baru start. orang ramai la katakan. tak tahu la sempat ke tak nak amik lesen P terus t sebab nanti dah kena sambung study kan. tapi tak tahu la kat mana - mana. hopefully, nisya dapat masuk U. amin =)

nak tanya sikit, korang pelik tak dengan tajuk entry nisya buat masa ni kat atas tu? huhu. tak kan? hurm, buat pengetahuan korang yang sentiasa sudi baca blog nisya ni mesti dah tahu kan yang nisya mempunyai satu kisah silam yang sangat memeritkan. tapi tak apa, hidup perlu diteruskan. dan alhamdulillah Allah dah kurangkan sikit ego nisya dekat kaum adam ni masa kat kem PLKN dulu. =) tambah - tambah lagi bila nisya dapat tahu yang "ex" nisya yang nisya sayang sangat sangat sangat dulu tu dah ada yang baru. so, buat apa lagi nisya nak sedih - sedih kann. life goes on right? ^__^ oh, lupa pulak, bagi saper - saper yang baru start nak baca blog nisya ni, mesti korang tak tahu apa - apa pasal kisah silam nisya yang dulu. tapi korang tak payahla nak tengok entry - entry nisya yang dulu - dulu yer sebab nisya dah delete dah semua yang berkaitan dengan "ex" nisya tu. biarlah ia menjadi kenangan buat nisya sorang je. cewwaahh, gitu pulakk yer. hihi.

orait, nisya saja je letak tajuk camtu sebab nisya nak kasitau korang yang nisya dah jumpa dengan orang yang mampu buat nisya happy balik. walaupun susah kan nak lupa kisah lalu nisya tu, tapi nisya akan tetap cuba. manalah tahu kalau - kalau ada hikmah di sebaliknya. (: hurm, biarlah nisya kenalkan "dia" dengan nama shahril ataupun ayie je. nak cakap nama panjang nanti - nantilah ye. sebab nisya pun tak pasti kalau perkenalan nisya dengan si dia ini akan berkekalan atau tidak. semua itu atas takdir yang Maha Kuasa. ^__^




inilah dia orangnye. hensem atau tidak? semua itu atas pandangan korang. huhu. yang penting dia boleh memahami, jujur dan bertanggungjawab atas diri nisya. (: nisya kenal dengan dia pun melalui kem plkn ari tu jugak. kami bukan sama company tapi kami sama kelas. dan nisya dengan ayie pun sentiasa dapat duduk dalam group yang sama. dia sangat pendiam orangnye. mula - mula nisya memang x jangka langsung yang dia ada menyimpan sedikit minat "kot" (dia yang cakap) kat nisya. hihi. sebab nisya tengok dia tak layan perempuan. dalam kelas pun baik je orangnyer. tapi masa dia start hantar mesej perkenalan dekat nisya memang nisya terkejut giler la wa cakap lu. sebab dia bahasakan diri "aku" "kau". aduyai, sangat kasar kan? huhu. tapi last2 dia pakai "saya" "awak" jugak sebab dia cakap dia tak pernah kawan rapat dengan mana - mana perempuan. dulu pun kat sekolah teknik dia tu, dalam kelas dia semuanya lelaki. hurm, well, bagoslah. at least dia bukanlah seorang player. =P



so, apa pendapat korang? huhu. tapi nisya memang tak berani nak bagi harapan yang besar buat lelaki. sebab nisya takut jugak kalau tiba - tiba peristiwa lalu terjadi kembali. =) jadi nisya akan berhati - hati. ukela korang, time to stop. nak cerita lebih - lebih pun tak boleh sebab blog bukanlah diari peribadi. hihi. "kalau" korang nak tahu lebih - lebih sudi - sudikanlah tegur nisya dekat fb yer? jangan malu - malu jangan segan - segan kalau sekadar nak berkawan. ^__^ 

this is not him. =)

jangan salah faham yer. nisya tak pernah tangkap gambar bersama - sama ayie. huhu. ini kawan nisya. chinese.=) nama dia ong. (sangat bertuah). just love to see his face. cute kan? haha :D kla, bubye ! (,")


dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

PLKN da tamat "17 Mac 2012"


hye (,") dah lame kan nisya tak spend time kat blog ni. opps~ nisya? huihui~ xpela kadang-kadang kita perlu jadi lebih matang. so, nisya rasa dah tiba masanya untuk menukar cara panggilan diri sendiri dalam blog ini disebabkan semakin ramai pembaca - pembaca blog tidak suka panggilan "aq" yang sering nisya guna dahulu. cara penulisan pun nisya rasa kena ubah jugak kan. no more cakap kasar - kasar. al-maklumlah, nisya masih muda remaja dan juga tak matang pada masa lalu. hihi. panjang la pulak muqadimah post kali ni yer? =P tak apa la, saja - saja nak taip panjang - panjang sikit sebab kenyataannya nisya RINDU sangat kat korang taw! rindu nak share semua masalah dan pengalaman pahit manis yang nisya ada. =') tapi kita pun kena paham jugak, blog bukanlah diari peribadi kann. ^^

orait, semua dah tahu kan yang nisya baru kuar dari PLKN atau Program Latihan Khidmat Negara? =) tak tahu yer? urm, bagi yang tak tahu tak pe, dimaafkan. =P meh sini nak kasitaw, saya Siti Nurkhairunnisa Binti Ismail merupakan salah seorang wirawati di PLKN kumpulan 1 siri 9 tahun 2012 yang lepas dekat Kem Merang Suria Holiday, Setiu, Terengganu. =) so, sape - sape yang merupakan bekas (bukan tupperware ye, hihi) wira or wirawati dari sana atau dari mana - mana kem yang baca blog nisya ni sudi - sudikanlah follow blog nisya ni yer? kuikuikui~ lebih - lebih la pulak nisya mintak =P 

uke, baru siap sesi pendahuluan tadi. hee~ nak cerita perasaan la pulak. mula - mula kan masa nisya dapat tawaran pegii PLKN ni, sedih sangat wa cakap lu. sampai menangis tak mahu pergi. hihi. tapi bila dah nak habis program tu, mulalah rasa sayang nak berpisah dengan kawan - kawan (; ye la, kitorang semua dah macam adik - beradik kan. buat semua benda sama - sama. tak boleh berpisah. pergi kat mana - mana pun mesi bersama - sama sebab peraturan kat sana wajib berkawad kalau nak pergi mana - mana. biasa lah tu kan kem ala tentera.

lupa pulak nak kasitaw, nisya dari company Charlie^^. Selamanya company charlie. walaupun banyak masalah tapi nisya tetap sayang company ni. huhu. ukela sayang sayang sekalian, masa untuk layan gambar - gambar nisya dan kawan - kawan kat kem pulak. jum! jangan lupa tinggalkan komen kat bawah post ni tau. :D

wirawati nisya. kehkehkeh :D

opps~ kami bukan "les" tau. 


KAWAN sampai mati ^^

I-5 members (kami satu Malaysia)

sayang korang

my partner, eira pieces(fb) =)

birthday party ^^

with bufday girl =)

rindu nak terjun kolah. hihi. =P

uke! dah abes. huhu. narnye banyak lagi tapi takkanla nisya nak upload semua kan? (: so, kalau korang berminat nak explore lagi gambar - gambar lain, korang boleh add facebook nisya, http://www.facebook.com/cik.nisya.schewlala, kalau nak kenal dengan lebih rapat pun boleh saja. ngehngehngeh~ *gatal la pulekk* so, ini saja entry nisya buat masa kini. thanks a lot kepada sape2 yang sudi baca blog nisya ni yer. nisya sayang pembaca blog nisya ini. emmwahh! =* adios amigos, bubye~! (,")

kawan bukan musuh. hihi. 


peace-no-war^__^



dah baca, silalah tick tahap kepuasan anda dan komen. terima kasih ;)

tinggalkan alamat di sini untuk sesi lawatan "Schewlala" :)

Copyright Protected© All Rights Reserved by Cik Nisya's Official Blog